Sunday, January 03, 2021

PAS, Error 404 dan BPMS


PAS tidak mampu berharap kepada error 404 untuk menyelamatkan diri daripada ‘percumbuan’ lama dengan rakan ‘sekatil’(sekutu) mereka. PAS kena muhasabah diri.

 

Antara kelemahan PAS dalam setiap gabungan yang disertai ialah melakukan sifat bebal dan dungu dengan membela rakan sekutu dalam gabungan parti politik secara melampau. PAS melakukan propaganda mempersucikan rakan sekutu sehingga menjilat balik kritikan, makian dan cacian dahulu. PAS pernah mempersucikan DAP semasa dalam BA dan PR. Kini mempersucikan UMNO-BN-Najib.

 

Perbuatan membela dan mempertahankan kesalahan, kesilapan dan dosa lampau rakan sekutu adalah tidak patut. Kesalahan, kesilapan dan kezaliman lampau perlu dihakimi melalui lunas-lunas yang dibenar oleh undang-undang. Sejarah tetap sejarah. Cara anggota PAS membela Dato Seri Mohd Najib luar biasa, bagaikan Najib tiada kesalahan.

 

PAS mesti tegas menyatakan hubungan PAS dengan mana-mana pihak bekas musuh adalah bersyarat ‘bersepakat atas perkara yang dipersetujui, menghormati, meraikan perbezaan atau ingkar dengan hati dan membuat teguran dalaman atas perkara yang tidak dipersetujui’. Selain itu, PAS perlu menonjolkan prestasi yang boleh membuat kehadiran mereka dirasai. Kemudian menonjol kelemahan, kesilapan dan kekurangan musuh politik dengan menunjukkan alternative yang boleh dilakukan oleh PAS.

 

PAS mesti memartabatkan dengan mengutamakan Budaya Politik Matang dan Sejahtera (BPMS) dalam setiap tutur kata dan tulisan mereka. BPMS bukan bermusim! Berbaik atau bermusuh dalam politik atas strategi BPMS.

 

PAS memerlukan pakar strategi, saraf dan propaganda sebagai Ketua Penerangan PAS Pusat.

 

Secara tuntasnya, PAS bersekutu atas kepentingan bersama bukannya tugas mempersucikan dosa-dosa kesalahan, kesilapan dan kekurangan ahli politik dan parti tertentu. Ahli PAS jangan terlalu teruja dengan hubungan baik  dan bersahabat dengan UMNO, Najib dab pihak lain. ‘Musuh menjadi kawan, kawan menjadi musuh’ bagi orang politik terlalu cepat berubah nilai ‘persahabatan’ mereka. PAS juga jangan terlalu teruja dengan tokoh, ikon atau selebriti yang menyokong parti mereka. Banyak keadaan iai bersifat fenomena popular yang bermusim.

No comments:

Sebelum Loceng PRU 15 Melolong

 Sebelum Loceng PRU 15 Melolong a. Kerajaan 1. Kita perlu memahami bahawa kerajaan persekutuan pada hari ini berdiri atas sokongan para ahli...