Friday, January 01, 2021

Baju AMANAH, Badan PKR

 



i

Adakah gambar di atas menjadi gambaran awal-mula penjajaran baru tim politik pembangkang? Siapakah calon PM mereka? Kita boleh analisis latarbalakang politik tokoh di atas.

ii

Ramai pemimpin dan anggota Parti Amanah berura-ura mahu keluar Amanah untuk menyertai PKR ekoran kepimpinan utama Amanah mahu merealisasikan gagasan pakatan besar parti pembangkang dikenali PH+ dilihat cenderung menyokong Tun M. Mereka menyokong Anwar Ibrahim sebagai calon PM. Amanah dan DAP tetap menyokong AI sebagai calon PM tetapi mesti bergabung dengan parti pembangkang yang lain. Ini penting bagi meredakan tekanan dalam parti Amanah.

 

Kekuatan AI sebagai peneraju pakatan pembangkang masih dilihat gagal berbanding diterajui oleh Tun M telah menumbang UMNO-BN pada PRU14. Selama ini AI adalah gagalis dalam memimpin pembangkang ketika PRU berlangsung.

 

Amanah dan DAP melihat kepada nombor 108 kerusi berbanding 92 orang mendokongi PH pada hari ini. Amanah dan DAP tiadalah masalah dengan pencalonan AI sebagai calon PM atau usaha AI menarik sokongan agar ahli parlimen GPS atau UMNO-BN melompat menyokong PH. tetapi apakah bukti konkrit dan logik daya-upaya AI mampu menewaskan PN-BN pada PRU 15?

 

Masalah PH pada PRU15 ialah

1.       Kerusi Melayu-Islam. Di atas kertas berdasarkan rekod PRU14, gabungan PAS-BN mampu memenangi sebanyak 126. Kerusi parlimen seperti Parit Buntar, Tambun, Lumut,Tanjong Malim,  Raub, Kuantan dan Temerloh dijangka dirampas balik oleh gabungan PN-BN. Amanah dan DAP tahu bahawa PH bakal mengalami masalah undi Melayu-Islam tanpa sokongan Tun M. AI tidak berupaya menarik sokongan melayu-Islam kerana kes liwat dan pandangan cenderung liberalisme-pluralisme.

2.       Sokongan parti Sabah dan Sarawak. Parti Warisan Sabah adalah penyokong kuat Tun M. PH memerlukan sokongan GPS dari Sarawak atau Warisan dari Sabah. Tanpa pakatan besar, PH tidak mampu membentuk kerajaan persekutuan

 

Dua perkara ini menjadi asas penting DAP dan Amanah mahukan pakatan besar pembangkang diwujudkan. Ia bukan persoalan AI menjadi PM atau tidak kerana calon PM mereka tetap AI. Cuma AI mesti berkompromi dengan Tun M yang syaratnya mahu memerintah selama 6 bulan atau DS Shafie Afdal sebagai calon PM.

 

Jika keputusan PRU15 memihak kepada PN-BN-MN-GPS, AI berkemungkinan besar mengucar-kacirkan PN-BN-MN-GPS melalui permainan politik kotor dengan membuat tawaran menarik agar ahli parlimen UMNO-BN-PN, GPS atau Warisan menyokong beliau sebagai PM.


Politik Binatang dan AI sukar dipisahkan...



No comments:

Sebelum Loceng PRU 15 Melolong

 Sebelum Loceng PRU 15 Melolong a. Kerajaan 1. Kita perlu memahami bahawa kerajaan persekutuan pada hari ini berdiri atas sokongan para ahli...