Wednesday, January 06, 2021

Penjajaran Baru: Sebelum atau Selepas PRU15?

 

i

Penjajaran baru boleh berlaku sebelum dan selepas PRU15. Jika berlaku selepas PRU15, rakyat memang dikencing oleh ahli politik.

PN-Warisan-GPS vs BN-PH atau PN vs BN vs PH. Mungkin penjajaran politik berakhir seperti itu. Masa yang menentukan.


Penjajaran baru selepas PRU demi kepentingan politik pihak tertentu lebih kepada pengkhianatan ke atas mandat rakyat. Parti-parti politik tidak boleh mempunyai agenda tersembunyi seperti itu.

ii

Saifuddin Nasution memberi isyarat ada satu lagi gerakan menjatuhkan kerajaan PN setelah gagalnya SD PRN Sabah 2020 dan Bajet 2021 serta kenyataan kecewa pemimpin DAP dan Amanah terhadap usaha Anwar Ibrahim. Tak lama kemudian,  kumpulan UMNO bersama Anwar Ibrahim bangkit kembali dengan propanganda tolak PPBM dan tolak pengkhianatan. Persoalannya selepas tolak PPBM dan kaji semula MN, mereka nak bersekutu dengan siapa? PAS, Warisan, DAP atau Anwar Ibrahim? UMNO-BN tidak mampu menang sendirian. Politik Malaysia memerlukan sokongan parti sabah dan sarawak dan parti bukan Melayu.

Anwar Ibrahim menunggu lampu hijau daripada UMNO-BN untuk menumbangkan kerajaan PN. Kelambatan kumpulan UMNO sokong Anwar dan DAP ini berpunca bukan semua anggota Majlis Kerja Tertinggi UMNO bersetuju bersekutu dengan DAP dan Anwar Ibrahim. Bukan mudah bekerja dengan Anwar Ibrahim, Rafizi dan Nurul Izzah tidak mampu dan melarikan diri daripada kepimpinan utama PKR.

 

iii

 

Politik Malaysia akan terus terumbang ambing selagi rakyat tidak memberi mandat yang kuat kepada parti yang membawa idea dominasi politik Melayu-Islam. Ini asas kekuatan kestabilan politik Malaysia.

 

Dominasi politik Melayu-Islam mestilah berasaskan permuafakatan UMNO-PPBM-PAS. Jika tidak ia tempang. Dominasi politik Melayu-Islam tidak boleh dominasi oleh UMNO sahaja kerana ia akan merosakkan UMNO. Ia memerlukan permuafakatan semua parti dan NGO.

No comments:

Sebelum Loceng PRU 15 Melolong

 Sebelum Loceng PRU 15 Melolong a. Kerajaan 1. Kita perlu memahami bahawa kerajaan persekutuan pada hari ini berdiri atas sokongan para ahli...