Thursday, January 07, 2021

Ibrah Dari Sosok Manusia

 


i

Jangan taksub tokoh. Tokoh popular belum tentu benar.

 

Selain scammer, perkara yang banyak berlaku ialah orang yang melakukan dengan cara yang betul tetapi memanipulasi kedudukan, situasi dan perasaan orang lain untuk kepentingan diri dan kumpulan mereka. Hujah mereka disaluti dengan hujah agama dan bangsa. Mereka suka mengumpul orang hebat dan popular bersama mereka. Mereka merasakan mereka betul dan dipihak yang benar. Mereka terperangkap dengan kebenaran yang palsu dan khayali.

 

Sosok terkenal dan popular juga adalah manusia biasa, tidak sempurna dan melakukan kesilapan. Maka, jangan kita taksub kepada mereka.

 

Jangan mudah beridolakan tokoh yang masih hidup walaupun terbukti hebat ilmu, amal dan jasa mereka. Mereka belum tentu mendapat pengakhiran yang baik. Kita jangan tertipu dengan momokan budaya pop yang dicanang oleh media sosial, netizen dan viral. Pengakhiran kita sendiri belum tentu baik dan diredhai oleh Allah.

 

Kita mudah tertipu melihat amal orang lain, kepetahan bercakap dan kesedapan tulisan tokoh tertentu. Disebalik tabir, mereka adalah scammer dan pakar manipulasi yang membuat kita tertipu.

 

Sosok 1

Seorang pakar motivasi dikenali ustaz cinta. Kepetahan hujah dan kesedapan tulisan beliau memukau anak muda dan ibubapa. Jujurnya penulis banyak mendapat manfaat daripada ilmu beliau.

 

Disebalik tabir kehebatan beliau, kita hairan rencam kehidupan beliau yang kelihatan kecewa dengan bidang motivasi kemudian terjun ke bidang sejarah (tak tahu apa hasil MAnya) dan kemudian menceburi diri sebagai ‘pakar’ pendidikan dan keibubapaan.Nasihat kita,  Jangan rosakkan teori dan praktis yang dibuat oleh prof dr Muhammad al Mahdi sudah la.

 

Beliau pernah menjadi pemikir satu gerakan yang akhirnya menjadi parti politik. Beliau telah mengoyak sijil PAS dan menyatakan tak sanggup mengoyak tandatangan Ustaz Fadzil Nor. Satu perbuatan yang tidak perlu ditunjuk kepada khalayak umum. Kemudian, beliau ke luar negara.

[Kekuatan jiwa sangat penting dalam menghadapi realiti kehidupan]

[sebalik keindahan dan kekuatan tersembunyi kekerdilan jiwa]

 

Sosok 2

Petah bercakap dengan ayat bermuluk muluk. Dulu terkejut besar apabila anggota keluarga beliau terlibat dalam satu rancangan realiti mencari jodoh. Kita terkejut bagaimana beliau boleh membenarkan kehidupan anggota beliau dijadi tatapan umum padahal beliau seorang motivator. Rancangan realiti tersebut pada kita kurang sesuai dan tidak baik bagi seorang Islam.

 

Kini menghimpunkan selebriti popular kalangan motivator dan pendakwah untuk menyertai satu syarikat yang menghasilkan produk kecantikan. Malangnya syarikat ini penyumbang besar kepada gerakan kristianisasi.

 

[warak, elak fitnah dan perkara yang ragu-ragu]

 

Sosok 3

[kisah ketika remaja]

Seorang kadi yang ceramahnya mencerita kisah kesusahan hidup sehingga ramai menangis. Sebalik jubah, beliau memakai pakaian ala anak muda. Kita melihat ia kurang warak. Kemudian bertanding melalui parti sekular.

 

Ini peristiwa pertama, penulis merasakan pentingnya sifat warak

 

Sosok 4

Pakar sains politik Islam yang menyertai parti sekular-nasionalis dan menyokong tokoh A yang pernah disindir dan dikritik beliau.

 

Parti beliau mengalami krisis. Sebelah pagi, beliau menyebelahi pihak B, kemudian menjadi lalang menyokong tokoh A pada sebelah petang. Bersama-sama tokoh A ingin menubuhkan parti baru. Tetapi meninggal penaja parti baru dan bergerak dengan gerakan sendiri. Dikeliling beliau terdapat anak muda pandai memanipulasi keadaan.

 

[sukar aplikasi ilmu dalam realiti politik kecuali sifat warak]

 

[Manipulasi situasi untuk kepentingan diri]

 

Sosok 5

 

Bekas pemimpin PMI dan GAMIS, petah berbicara, berhujah dan seorang berilmu.

 

Tubuh kumpulan selebriti ustaz dan bertindak sebagai jurucakap.

[Ambil kesempatan atas populariti orang lain untuk menonjolkan keunggulan diri]

 

Masuk pusat pengajian kerajaan, ambil PhD dengan biasiswa tajaan kerajaan, kemudian berkhidmat dengan pusat pengajian dan kemudian letak jawatan.

 [ambil peluang dengan cara yang betul untuk melonjak diri]

 

Sosok 6

 

Pengacara terkenal yang bersifat keanak-anakkan. Asal daripada lubuk gerakan mahasiswa. Kita kenal pemikiran, sejarah dan gaya hidup ketika zaman mahasiswa.

[Orang kenal kita melalui sejarah lampau. Jadilah anak muda yang baik]

No comments:

Sebelum Loceng PRU 15 Melolong

 Sebelum Loceng PRU 15 Melolong a. Kerajaan 1. Kita perlu memahami bahawa kerajaan persekutuan pada hari ini berdiri atas sokongan para ahli...