Friday, January 01, 2021

Syed Saddiq Botak Kepala


i

Tahniah!

Pertama, kita berbaik sangka dengan usaha YB Syed Saddiq mengumpul sebanyak RM200,000  untuk membeli laptop sebagai sumbangan kepada anak-anak orang miskin di Muar. Nazarnya ialah cukur rambut. Satu usaha terpuji.

 

Beberapa perkara yang boleh kita selami dalam gimik YB SS ialah mengunakan kuasa viral dan netizen menjadi Cabaran Saddiq Botak ini menjadi fenomena popular. Ia sejenis pemasaran dan propaganda politik yang menarik anak muda profesional dan berpendidikan menyertainya. Hadir Astro menyokong usaha YB SS mengambarkan media massa itu alat propanganda pihak tertentu.

 

Sebenarnya, untuk mencukupkan duit sebanyak RM 200,000 itu sangat mudah bagi orang politikus seperti Syed Saddiq. Ramai orang politik menyimpan duit RM 240,000, RM300,000 dan lain-lain dalam rumah. Ini tak termasuk dalam bank!. Ia mungkin gimik membikin kegemparan yang terancang. Ia tidak mustahil dalam gimik politik pop pada hari ini.

ii

Parti Muda cuba menarik kelompok anak muda dalam kalangan anak sekolah, orang berpendidikan, orang urban dan netizen. Ikon mereka dalam kalangan anak muda pintar, lincah, aktif dan cantik-hensem. Budaya politiknya bersifat popular dan isu bukannya ideologi dan identiti.

 

Parti Muda ini sendiri kelihatan seperti PKPIM pada penghujung tahun 1960an. Bagi menampung keperluan ahli PKPIM yang melepasi tempoh yang dibenarkan, mereka menubuhkan ABIM. Kemudian mereka menubuhkan WADAH. Barangkali ini pemeringkatan yang berlaku dalam parti Muda atau mereka memilih menjadi proksi bagi Parti Pejuang.

 

Parti Muda bersifat fenomena popular dan ikonnya ialah Syed Saddiq. Tidak mustahil jangka hayatnya bergantung kepada kepopularan Syed Saddiq. Jangka hayat sesuatu yang bersifat popular adalah singkat atau bersifat pepsi-cola yang buihnya bersifat sementara sahaja. Hangat-hangat tahi ayam. Jangan ulangan gimik murahan kelompok mahasiswa yang dulu menubuhkan Parti Mahasiswa Negara (PMN) yang mahu bertanding menentang Tun Abdullah Badawi dan GM13 yang mahu menentang DS Mohd Najib. Bagi menggelak perkara ini berlaku, barisan kepimpinan dan pengkaderan mestilah disusun. Calon-calon untuk dikemukakan mesti disediakan sekarang dan dimana kawasan yang perlu mereka fokus gerak kerjanya. Jangan jadi calon bidan terjun.

 

Kita hendak lihat sejauh mana kemampuan Parti Muda bertahan dalam politik negara ini?

No comments:

Sebelum Loceng PRU 15 Melolong

 Sebelum Loceng PRU 15 Melolong a. Kerajaan 1. Kita perlu memahami bahawa kerajaan persekutuan pada hari ini berdiri atas sokongan para ahli...