Friday, January 29, 2021

Manifesto Malaysia Sejahtera 2021

 

Manifesto Malaysia Sejahtera

Ekonomi Rakyat-Kebajikan Dijana Oleh Wakaf.


1.       Pendapatan Asas Rakyat

 

-          Semua bentuk elaun dan bantuan kepada rakyat seperti BRIM, elaun kebajikan, bantuan penoreh getah dan lain-lain disatukan ke dalam Pendapatan Asas Rakyat (PAR). PAR akan diberikan kepada rakyat secara bulanan atau 2 minggu sekali.

-          Syarat untuk mendapat PAR. (a) warganegara berusia 18 tahun dan tidak berkahwin layak (anak B40 dan M40 sahaja) mendapat RM 600.00 sebulan. (b) warganegara yang sudah berkahwin dan B40 layak mendapat RM 1000.00 sebulan. (c) Warganegara OKU dan Musibah penyakit dengan tambahan RM 400.00. Mereka semua layak mendapat PAR walaupun mereka bekerja selagi berada pada B40.

-          Boleh berdaftar dengan LHDN dan JKM.


2.       Pendidikan

 

-          Pendidikan percuma daripada pra sekolah ke peringkat sarjana muda di universiti

-          Sarapan, minum pagi dan makan tengah hari secara percuma di sekolah

-          Makan tengah hari percuma bagi mahasiswa

-          Pengangkutan pergi-balik ke sekolah secara percuma (dapat menghidupkan industri pengangkutan BAS dan VAN)

-          Duit Saku Amalan Terpuji secara bulanan kepada murid bergantung kepada SSDM (amalan baik dan kehadiran mereka ke sekolah). Biasiswa Persekutuan dan Biasa Negeri dimansuh.

-          Baucar komputer RM 1000 bagi setiap anak M40 dan RM 2000 bagi setiap anak B40.

-          Baucar awal persekolahan RM 150 bagi setiap murid.

 

3.       Kesihatan

-          Kesihatan percuma di klinik dan hospital kerajaan

-          Caruman bulanan bagi insuran kesihatan awam untuk semua rakyat oleh kerajaan

 

4.       Perumahan

-          Warganegara berusia 18 tahun dalam kelompok B40 dan M40 yang belum berkahwin layak mendapat sebuah bilik sementara.

-          Warganegara yang sudah berkahwin dan B40 mendapat rumah sementara (bil utiliti bayar sendiri).

-          Kemudahan ini terbatal setelah kelompok ini membeli rumah sendiri atau mendapat kerja dalam kelompok M40.

-          Bantuan pembinaan rumah di atas tanah sendiri dan skim rumah pertama.

 

5.       Elaun Isteri

-          Wanita yang berkahwin dan tidak bekerja akan mendapat elaun berdasarkan kelulusan akademik mereka. PhD (RM 1300), MA (RM 1100), BA (1000) ,  Diploma (RM800), SPM/STPM (RM700)

-          Elaun ini terbatal jika isteri bekerja dengan organisasi kerajaan, swasta atau memiliki perniagaan sendiri yang berdaftar.


 

6.       Syarikat Milik Negara

-          Kerajaan perlu mengaktifkan atau mewujudkan syarikat MAJUIKAN, MAJUTERNAK dan MAJUTANI. Para nelayan boleh bekerja dengan MAJUIKAN. MAJUIKAN menyediakan kapal besar dan kecil bagi nelayan bekerja. MAJUTERNAK akan menceburi penternakan lembu, kambing, ayam, udang dan sebagainya.

 

7.       Wakaf

-          Penubuhan Perbadanan Tabung Wakaf bagi menguruskan kebajikan rakyat. Matlamat utama perbadanan Tabung wakaf ini ialah mencari dana untuk melaksanakan manifesto ini dengan semangat muafakat antara B40-M40-T20. Rakyat M40 dan T20 boleh menyumbang wang kepada Perbadanan Tabung Wakaf ini. Antara Perbadanan Tabung Wakaf yang mesti ditubuhkan:

-          Perbadanan Tabung Wakaf Kebajikan Pendidikan, Perbadanan Tabung Wakaf Perumahan Rakyat, Perbadanan Tabung Wakaf Kesihatan Rakyat, Perbadanan Tabung Wakaf Wanita Sejahtera dan Perbadanan Tabung Wakaf Kesejahteraan Rakyat.

  

8.       Percukaian

-          Wujud kembali GST dengan kadar 6% bagi menampung kos kebajikan rakyat.

Sunday, January 10, 2021

Pandangan Tok Mat Hassan

 

i

Muafakat Nasional (MN) merupakan sebuah gagasan kerjasama dan persefahaman antara Parti Islam Se-Malaysia (PAS) dan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO). Gagasan ini telah dicetuskan hasil daripada Piagam Muafakat Nasional yang dimeteraikan antara dua parti politik Melayu Islam terbesar di Malaysia tersebut semasa Himpunan Penyatuan Ummah pada 14 September 2019.


UMNO dan PAS dengan setulus hati mengisytiharkan pembentukan suatu Muafakat Nasional yang membawa agenda penyatuan ummah bagi mensejahterakan Malaysia yang majmuk.

Maka dengan ini, UMNO dan PAS, menginsafi kewajipan-kewajipan untuk:

  • Menjunjung dan mempertahankan keluhuran Perlembagaan Persekutuan, yang menjamin pembentukan Negara, Islam sebagai Agama Persekutuan, Kedaulatan Raja-Raja Melayu, Kedudukan Istimewa Orang Melayu dan Bumiputera serta kepentingan sah kaum-kaum lain, Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan serta Menjamin Kepentingan Masyarakat Majmuk Terpelihara;
  • Memperkukuhkan Muafakat Nasional melalui amalan musyawarah yang melibatkan pelbagai latar agama, kaum dan budaya demi kepentingan negara.
  • Memperkasakan agenda Islam, Melayu dan Bumiputera secara tuntas dalam kerangka Perlembagaan Persekutuan demi membangunkan watan yang sejahtera.
  • Membentuk kerjasama dengan mengembangkan naratif (Islam dan bangsa Melayu) tanpa menafikan kepelbagaian agama, kaum dan budaya sebagai paksi kepada kestabilan politik, keharmonian kaum dan kesejahteraan negara.
  • Mengikhtiarkan secara kolektif satu citra dan tawaran baru untuk negara dalam meningkatkan tadbir urus yang baik, dasar pembangunan yang inklusif dan sejahtera serta pengagihan yang menyuburkan keadilan sosial merentasi batas warna kulit dan anutan.

Justeru, marilah kita semua rakyat berganding bahu mendukung Muafakat Nasional Demi Malaysia yang Sejahtera.


[sumber wikipedia]


ii


MN berasaskan perjuangan dalam bentuk gerakan massa bukannya sebuah organisasi berdaftar dan kumpulan tertentu. Ia satu gerakan yang longgar diikat oleh prinsip dan piagam bukannya ikatan keanggotaan. PAS dan UMNO bebas bekerjasama dan bergabung dengan sesiapa sahaja selagi tidak melanggar Piagam MN.



iii


PPBM jangan berkubang dalam kubang UMNO. Boleh berkubang dalam kubang PAN, PKR dan DAP.


Prinsip elak bertembung 3 penjuru.


Tok Mat Hassan memberi dua formula menyelesaikan pembahagian kerusi iaitu


Formula 1


Kekal kerusi asal yang dimenangi pada PRU14 iaitu UMNO (53), PPBM (13) dan PAS (18)


Formula 2


Bagi kerusi yang dimenangi oleh PH. Parti yang menduduki tempat kedua undi tertinggi akan bertanding menentang PH.


Dijangka UMNO mampu mendapat 96 kerusi.


IV


UMNO tidak tamak kuasa.Pengorbanan UMNO


a. Menyokong menubuhkan kerajaan PN walaupun tidak mendapat jawatan utama dalam kabinet termasuk jawatan TPM


b. Menyokong calon PPBM menjadi PM walaupun PPBM hanya ada kerusi 13 kerusi


V


Kena beza BN sebagai sebahagian daripada kerajaan PN dengan BN sebagai sebuah gabungan parti politik.


Kerajaan PN hanya sah sebelum PN belum didaftar. Sekarang ialah kerajaan campuran PN-BN-GPS.



Thursday, January 07, 2021

Berniaga

 

Jadilah bangsa yang bijaksana

Memegang tali memegang timba

Memiliki ekonomi mencipta budaya

Menjadi tuan di negara Merdeka "

[Usman Awang, Melayu]

 

Itulah harapan Usman Awang kepada Bangsa Melayu.

 

Sayang, ratusan tahun nasib Melayu agak lambat berubah kerana perangai Orang Melayu itu sendiri. Mahu senang dengan cara mudah sehingga mudah tertipu dengan scammer dan skim piramid. Apabila senang dan kaya lupa diri. Tewas dengan kereta dan skandal wanita serta tidak menyimpan.

 

Melayu berniaga. Utamakan kualiti layanan pelanggan dan kualiti kerja.

 

Ya. Melayu masih tewas dek kerana teknologi dan modal

 

Maka, jelaslah perangai Melayu masih tidak berubah.

Ibrah Dari Sosok Manusia

 


i

Jangan taksub tokoh. Tokoh popular belum tentu benar.

 

Selain scammer, perkara yang banyak berlaku ialah orang yang melakukan dengan cara yang betul tetapi memanipulasi kedudukan, situasi dan perasaan orang lain untuk kepentingan diri dan kumpulan mereka. Hujah mereka disaluti dengan hujah agama dan bangsa. Mereka suka mengumpul orang hebat dan popular bersama mereka. Mereka merasakan mereka betul dan dipihak yang benar. Mereka terperangkap dengan kebenaran yang palsu dan khayali.

 

Sosok terkenal dan popular juga adalah manusia biasa, tidak sempurna dan melakukan kesilapan. Maka, jangan kita taksub kepada mereka.

 

Jangan mudah beridolakan tokoh yang masih hidup walaupun terbukti hebat ilmu, amal dan jasa mereka. Mereka belum tentu mendapat pengakhiran yang baik. Kita jangan tertipu dengan momokan budaya pop yang dicanang oleh media sosial, netizen dan viral. Pengakhiran kita sendiri belum tentu baik dan diredhai oleh Allah.

 

Kita mudah tertipu melihat amal orang lain, kepetahan bercakap dan kesedapan tulisan tokoh tertentu. Disebalik tabir, mereka adalah scammer dan pakar manipulasi yang membuat kita tertipu.

 

Sosok 1

Seorang pakar motivasi dikenali ustaz cinta. Kepetahan hujah dan kesedapan tulisan beliau memukau anak muda dan ibubapa. Jujurnya penulis banyak mendapat manfaat daripada ilmu beliau.

 

Disebalik tabir kehebatan beliau, kita hairan rencam kehidupan beliau yang kelihatan kecewa dengan bidang motivasi kemudian terjun ke bidang sejarah (tak tahu apa hasil MAnya) dan kemudian menceburi diri sebagai ‘pakar’ pendidikan dan keibubapaan.Nasihat kita,  Jangan rosakkan teori dan praktis yang dibuat oleh prof dr Muhammad al Mahdi sudah la.

 

Beliau pernah menjadi pemikir satu gerakan yang akhirnya menjadi parti politik. Beliau telah mengoyak sijil PAS dan menyatakan tak sanggup mengoyak tandatangan Ustaz Fadzil Nor. Satu perbuatan yang tidak perlu ditunjuk kepada khalayak umum. Kemudian, beliau ke luar negara.

[Kekuatan jiwa sangat penting dalam menghadapi realiti kehidupan]

[sebalik keindahan dan kekuatan tersembunyi kekerdilan jiwa]

 

Sosok 2

Petah bercakap dengan ayat bermuluk muluk. Dulu terkejut besar apabila anggota keluarga beliau terlibat dalam satu rancangan realiti mencari jodoh. Kita terkejut bagaimana beliau boleh membenarkan kehidupan anggota beliau dijadi tatapan umum padahal beliau seorang motivator. Rancangan realiti tersebut pada kita kurang sesuai dan tidak baik bagi seorang Islam.

 

Kini menghimpunkan selebriti popular kalangan motivator dan pendakwah untuk menyertai satu syarikat yang menghasilkan produk kecantikan. Malangnya syarikat ini penyumbang besar kepada gerakan kristianisasi.

 

[warak, elak fitnah dan perkara yang ragu-ragu]

 

Sosok 3

[kisah ketika remaja]

Seorang kadi yang ceramahnya mencerita kisah kesusahan hidup sehingga ramai menangis. Sebalik jubah, beliau memakai pakaian ala anak muda. Kita melihat ia kurang warak. Kemudian bertanding melalui parti sekular.

 

Ini peristiwa pertama, penulis merasakan pentingnya sifat warak

 

Sosok 4

Pakar sains politik Islam yang menyertai parti sekular-nasionalis dan menyokong tokoh A yang pernah disindir dan dikritik beliau.

 

Parti beliau mengalami krisis. Sebelah pagi, beliau menyebelahi pihak B, kemudian menjadi lalang menyokong tokoh A pada sebelah petang. Bersama-sama tokoh A ingin menubuhkan parti baru. Tetapi meninggal penaja parti baru dan bergerak dengan gerakan sendiri. Dikeliling beliau terdapat anak muda pandai memanipulasi keadaan.

 

[sukar aplikasi ilmu dalam realiti politik kecuali sifat warak]

 

[Manipulasi situasi untuk kepentingan diri]

 

Sosok 5

 

Bekas pemimpin PMI dan GAMIS, petah berbicara, berhujah dan seorang berilmu.

 

Tubuh kumpulan selebriti ustaz dan bertindak sebagai jurucakap.

[Ambil kesempatan atas populariti orang lain untuk menonjolkan keunggulan diri]

 

Masuk pusat pengajian kerajaan, ambil PhD dengan biasiswa tajaan kerajaan, kemudian berkhidmat dengan pusat pengajian dan kemudian letak jawatan.

 [ambil peluang dengan cara yang betul untuk melonjak diri]

 

Sosok 6

 

Pengacara terkenal yang bersifat keanak-anakkan. Asal daripada lubuk gerakan mahasiswa. Kita kenal pemikiran, sejarah dan gaya hidup ketika zaman mahasiswa.

[Orang kenal kita melalui sejarah lampau. Jadilah anak muda yang baik]

Ruang Kudeta Dalaman Organisasi

 


i

Punca perbalahan dalaman

1.       Berbeza dalam strategi dan pendekatan

2.       Campur-tangan luar

3.       Persaingan antara kem

ii

Ijtihad politik sangat dinamik dan cepat berubah. Hampir pragmatik. Akibatnya menimbul perbezaan pandangan yang agak ekstrem sehingga munculnya kemarahan  dan kebencian yang melampau serta dendam tak berkesudahan. Maka sesuailah kita memahami perkara dibawah bagi mengelakkan kita menjadi manusia pendendam:

 

1.       Perkara tetap, perkara berubah. Prinsip dan matlamat tetap, strategi dan pendekatan berbeza

2.       Setiap keputusan dan tindakan bergantung kepada keutamaan berdasarkan situasi, konteks, masa dan tempat.

3.       Dalam setiap wadah, ada kelompok ekstrem dan kelompok opurtunis. Selain itu, ada sosok berwatak malaikat, wali Allah, munafik, hamman, qarun, firaun, namrud dan syaitan. Berwaspadalah.

4.       Kebenaran dan keadilan bersumberkan ilmu yang sahih bukannya bergantung kepada sosok tokoh yang ditaksub dan puak yang difanatikkan. Ilmu dan semangat sahaja tidak cukup. Ia mesti digandingkan dengan hikmah, adab dan kesabaran.

5.       Kematangan politik bergantung kepada perkembangan umur, pengalaman, pengaulan dan pembacaan. Kekuasaan, jawatan dan harta boleh mengubah hati manusia.

6.       Pilih antara dua mudarat iaitu mudarat kecil atau mudarat lebih besar.

7.       Jasa, ilmu dan amal seseorang tidak kita persoalkan. Tetapi penolakkan kita atas dasar melanggar disiplin organisasi, tiada adab berjemaah dan perbezaan strategi.

Jika pilih puak A, tolak puak B dan berada dalam mana-mana organisasi, masalah persaingan, perbalahan dan pertembungan dalaman sentiasa berlaku dan tidak dapat dielakkan. Ia memerlukan [1] kebijaksanaan ketua menguruskan konflik, [2] pematuhan kepada keputusan dan ketetapan rasmi organisasi yang diputuskan dalam mesyuarat tertinggi dan [3] penghormatan anggota terhadap ketua yang dipilih.

 

Jika [1] matlamat organisasi baik, [2] terdapat ramai pemimpin bertaqwa, berakhlak dan beramal dengan ilmu, [3] disokong oleh ramai ulama dan [4] didokong oleh rakyat yang bertaqwa, baik dan orang miskin, maka tugas kita adalah [1] berSABAR dengan telatah, kerenah,  perangai dan keputusan pemimpin, [2] istiqamah dan setia pada organisasi dan [3] akur dan taat kepada pemimpin. Sebaiknya kita KEKAL dalam organisasi tersebut.

 

Teguran dan perubahan terus dibuat dalam kesetiaan kepada organisasi.

 

iii

 

PAS sendiri mengalami perubahan besar dari segi kefahaman dan strategi dalam pelaksanaan konsep hukum hudud dan konsep negara Islam. Ia mula difahami secara luas mencakupi keutamaan dan situasi semasa serta lingkungan perlembagaan dan undang-undang. Kefahaman PAS pada hari ini berbeza dengan tahun 1980an dan 1990an setelah berlakunya kematangan politik.

 

Dalam pelaksnaan hukum hudud, PAS mengorak langkah memulakan sokongan terhadap kelulusan dan pelaksnaan RUU355 iaitu hukum takzir yang menjadi jalan mula bagi hukum hudud.

 

Dalam konsep negara Islam, PAS mula bereksperimen dengan konsep negara berkebajikan, Wawasan Induk Negara Sejahtera (WIN) dan kualiti kerja atau tunjuk prestasi tokoh mereka sebagai menteri, timbalan menteri dan exco. Manakal budaya takfir sesetengah pemimpin PAS diganti dengan BPMS. Ini adalah satu  usaha perubahan ke arah lebih baik berbanding era radikal dan bersemangat dulu.

iv

Pemimpin Melayu-Islam seperti PAS wajib menghadami tulisan tokoh dibawah

1.       Syed Hussein Alatas

2.       Syed Muhammad Naquib al Attas

3.       Pendeta Za’ba

4.       Ungku Aziz

5.       Burhanuddin al Helmy

 

Berwaspada memilih tokoh panutan. Pilihlah tokoh yang sudah meninggal dunia yang terbukti kehebatan ilmu, amal dan jasa mereka. Mereka mempunyai pengakhiran yang baik. Mereka beramal dengan ilmu dan berjuang dalam masyarakat. TGHH sering sebak apabila menyebut pengakhiran yang baik kerana diri kita yang kononnya banyak ilmu, amal dan jasa belum tentu mendapat pengakhiran yang baik. Amal kita menjadi sia-sia ekoran sedikit kesilapan ketika akhir usia. Nasihat TGHH, kalau nak pilih ulama, pilihlah ulama yang beramal dengan ilmu dan berjuang menegakkan Islam.

Wednesday, January 06, 2021

Penjajaran Baru: Sebelum atau Selepas PRU15?

 

i

Penjajaran baru boleh berlaku sebelum dan selepas PRU15. Jika berlaku selepas PRU15, rakyat memang dikencing oleh ahli politik.

PN-Warisan-GPS vs BN-PH atau PN vs BN vs PH. Mungkin penjajaran politik berakhir seperti itu. Masa yang menentukan.


Penjajaran baru selepas PRU demi kepentingan politik pihak tertentu lebih kepada pengkhianatan ke atas mandat rakyat. Parti-parti politik tidak boleh mempunyai agenda tersembunyi seperti itu.

ii

Saifuddin Nasution memberi isyarat ada satu lagi gerakan menjatuhkan kerajaan PN setelah gagalnya SD PRN Sabah 2020 dan Bajet 2021 serta kenyataan kecewa pemimpin DAP dan Amanah terhadap usaha Anwar Ibrahim. Tak lama kemudian,  kumpulan UMNO bersama Anwar Ibrahim bangkit kembali dengan propanganda tolak PPBM dan tolak pengkhianatan. Persoalannya selepas tolak PPBM dan kaji semula MN, mereka nak bersekutu dengan siapa? PAS, Warisan, DAP atau Anwar Ibrahim? UMNO-BN tidak mampu menang sendirian. Politik Malaysia memerlukan sokongan parti sabah dan sarawak dan parti bukan Melayu.

Anwar Ibrahim menunggu lampu hijau daripada UMNO-BN untuk menumbangkan kerajaan PN. Kelambatan kumpulan UMNO sokong Anwar dan DAP ini berpunca bukan semua anggota Majlis Kerja Tertinggi UMNO bersetuju bersekutu dengan DAP dan Anwar Ibrahim. Bukan mudah bekerja dengan Anwar Ibrahim, Rafizi dan Nurul Izzah tidak mampu dan melarikan diri daripada kepimpinan utama PKR.

 

iii

 

Politik Malaysia akan terus terumbang ambing selagi rakyat tidak memberi mandat yang kuat kepada parti yang membawa idea dominasi politik Melayu-Islam. Ini asas kekuatan kestabilan politik Malaysia.

 

Dominasi politik Melayu-Islam mestilah berasaskan permuafakatan UMNO-PPBM-PAS. Jika tidak ia tempang. Dominasi politik Melayu-Islam tidak boleh dominasi oleh UMNO sahaja kerana ia akan merosakkan UMNO. Ia memerlukan permuafakatan semua parti dan NGO.

UMNO Tidak Mahu Berubah: Antara Idealisme dan Muslihat Politik

 

i

Ruang dan peluang UMNO terbaik untuk transformasi diri dan refleksi diri dengan penuh kesedaran dan keinsafan ialah ketika tumbangnya UMNO-BN pada 2018. Nampaknya para pemimpin UMNO hanya sedih kerana kekalahan tetapi masih tidak mahu berubah. Pemimpin UMNO masih memperjuangkan agenda peribadi.

 

Tun Abdul Hamid, mantan Ketua Hakim Negara mengariskan keperluan UMNO untuk insaf dan sedar iaitu

1.       Pemimpin-pemimpin (UMNO) yang menjadi liabiliti hendaklah disingkirkan”. Malangnya perwakilan UMNO masih memilih DS Ahmad Zahid salah seorang pemimpin bermasalah menjadi Presiden UMNO berbanding Tengku Razaleigh dan Khairy Jamaludin yang turut bertanding bagi jawatan itu. Bagi Tun Abdul Hamid, pemimpin bermasalah dan lama perlu berundur dan berehat sementara. DS Ahmad Zahid dan DS Mohd Najib sewajarnya berehat sementara sepenggal atau sementara kes bicara di mahkamah. Bagi kerusi Parlimen, calonkan proksi masing-masing  untuk bertanding sementara berehat. Pemimpin lama seperti DS Tajudin Abdul Rahman boleh berundur membuka ruang dan peluang kepada muka baru yang lebih segar dan bersih. Pemimpin bermasalah dan lama perlu berkorban demi UMNO, Melayu, Islam dan negara.

2.       Penyatuan Orang Melayu-Islam melalui muafakat parti-parti dan NGO Melayu terutamanya UMNO-PAS. Setiap parti mesti melakukan pengorbanan dan jangan berbalah sesama sendiri. Apabila dapat kuasa, buat kerja bukannya berbalah merebut jawatan dan projek.

3.       Jauhi Tun Dr Mahathir

4.       Sewajarnya Presiden UMNO, Tengku Razeligh sebagai presiden dalam tempoh transisi dan pemulihan UMNO sebelum dilepaskan kepada pemimpin lebih muda.

 

Selagi UMNO tidak merehatkan pemimpin bermasalah dan lama mereka, perubahan yang berlaku bersifat jangka pendek, ‘hanya melepas batuk ditangga’ sahaja. UMNO tak nak berubah sebenarnya.

 

ii

Penulis tertarik dengan persoalan Dr Firdaus Abdullah, mantan senator dan pensyarah UM,

1.       Sejauhmanakah kewujudan PN didesak oleh keperluan politik jangka pendek parti-parti atau pemimpin berkenaan?

2.       Sejauhmanakah unsur-unsur idealisme perjuangan demi bangsa, agama dan tanah air mendorong mereka bekerjasama?

 

Tulis Dr Firdaus lagi, PN menghadapi dua masalah utama: pertama memastikan keutuhan dalaman agar mewujudkan keseimbangan antara muslihat politik dan idealisme perjuangan. Kedua, menghadapi musuh  politik dari luar secara berterusan akan menggugah kestabilan.

 

PN mempunyai musuh politik yang sama iaitu Anwar dan DAP membolehkan mereka mempunyai persamaan persepsi, memupuk kebersamaan dan mengobarkan idealisme perjuangan berbanding  terus bermain dengan muslihat politik. Tan Sri Annuar Musa menyarankan ekoran Covid 19, sewajarnya PRU 15 diadakan selepas redanya Covid bukannya diadakan segera sebagaimana suara majoriti UMNO. TSAM menyatakan sedemikian kerana UMNO kena kekalkan kerajaan PN sehingga habis baki penggal bagi membuktikan hasil kerja buat PN bukannya menghabiskan masa dengan politik perbalahan. Rakyat tersempit dikala orang politik berebut jawatan dan kuasa.


Kem-kem dalam UMNO bermain muslihat politik. Presiden UMNO dan DS Mohd Najib bermain muslihat politik. Ia sekitar agenda peribadi, keuntungan dan keselamatan diri. Mahu kuasa, mahu jauh daripada penjara. Idealisme perjuangan ditunggangi. Istilah rakyat sehingga dikenali hero atau pejuang ditunggang untuk kepentingan diri sendiri.

 

UMNO-PPBM kena buang ego dan kepentingan peribadi masing-masing. Kerjasama demi idealisme perjuangan Melayu-islam.

 

iii

Dominasi Politik Melayu-Islam bukan bermakna kita serah kekuasaan tanah air kepada UMNO yang bertindak sebagai abang long. Tidak. Tidak sesekali. Dominasi Politik Melayu-Islam tidak kira jenama parti tetapi ia dikira atas nama muafakat parti-parti Melayu iaitu kerjasama antara parti-parti Melayu dalam isu melibat kelangsungan Orang Melayu Islam dan urus tadbir negara berdasarkan Perlembagaan Malaysia dengan menghormati dan menjaga sentimen kaum majoriti berdasarkan sejarah, budaya, adat dan tradisi termasuk dalam isu pendidikan dan bahasa.

 

iv

Jika tidak ada solusi bagi pembahagian kerusi PRU15, PAS-UMNO-PPBM boleh bertanding sesama sendiri di Kedah, Kelantan dan Terengganu. Di Pahang, hanya PAS dan UMNO bertanding. Perak, Selangor, Melaka dan Perlis, hanya PPBM dan UMNO. Dalam waktu yang sama, PPBM-PAS-UMNO peringkat negeri sedaya mungkin menggelak pertembungan sesama sendiri.

 

PPBM kena sedar diri, jentera mereka paling lemah. UMNO kena sedar diri bahawa PM adalah daripada PPBM. Untuk penggal akan datang, dua tahun pertama PM daripada PPBM kemudiaan UMNO selama 2 tahun dan PAS selama 1 tahun.

TS Anuar Musa Dipecat!!

 

i

Kontroversi TS Anuar Musa dipecat daripada SUA BN. Dalam kenyataan media, TS Anuar Musa mendakwa

1.       Hanya 99 bahagian yang ada unsur tolak bersama PPBM. Dakwaan akhbar 143 daripada 149 dan ada akhbar mendakwa 143 daripada 189 kerusi Bahagian UMNO. Yang hadir dalam mesyuarat 120 Ketua Bahagian menyokong UMNO bersama Presiden UMNO menolak PPBM.

2.       UMNO tak nak daftar MN dengan arahan Presiden UMNO. Kekal sebagai wadah permuafakatan.

3.       Individu-pemimpin UMNO yang berunding dengan DS Anwar Ibrahim dan DAP.

4.       Individu-pemimpin UMNO yang menulis surat kepada DS Anwar Ibrahim.

5.       TS Anuar Musa mendakwa antara tarikhnya 17 Oktober 2020.

 

Pemecatan ini menyebabkan keikhlasan UMNO dalam MN mula dipersoalkan. Adakah ini punca PAS memilih berada dalam dua kolam?

 

ii

TSAM bertindak bijak meratibkan slogan ‘no Anwar, no DAP’ kerana slogan ini akan mematikan kumpulan UMNO yang mahu bersama DSAI dan DAP. Anggota UMNO dan Orang Melayu tidak boleh terima DAP dan Anwar Ibrahim. Kebanyakan pemimpin kumpulan UMNO bersama DAP dan Anwar Ibrahim adalah pemimpin yang ada kes dengan mahkamah.

 

Mereka ada dua cara [1] runtuhkan kerajaan PN dan berpakat dengan DAP dan Anwar Ibrahim membentuk kerajaan baru sebelum PRU15. Risikonya besar, orang Melayu dan UMNO sendiri akan menolak mereka dalam PRU15. Mereka sudah tentu bimbang kehilangan undi jika melakukan pakatan sebelum PRU15. [2] mendesak PRU segera dilakukan dan melakukan penjajaran semula selepas keputusan PRU15.

 

Ketakutan terhadap kes mahkamah boleh dilihat dalam kenyataan Dato Ahmad Mazlan, SUA UMNO/BN “Satu lagi rasa tidak puas hati ialah bukan kerana jawatan sangat, tetapi kerajaan sekarang meneruskan kezaliman kerajaan dahulu. Ini tak wajar dibuat.

“Kes-kes yang dibawa ke mahkamah ini ialah kezaliman zaman (bekas perdana menteri) Dr Mahathir Mohamad, (bekas peguam negara)Tommy Thomas dan (bekas ketua pesuruhjaya SPRM) Latheefa Koya.

“Mahathir dah tak ada dalam kerajaan, Tommy Thomas tak tahu ke mana, Latheefa Koya pun tak tahu pergi mana. Tetapi kenapa kes yang mereka bawa ini diteruskan?”

 

iii

Kumpulan UMNO bersama DSAI didalangi oleh gandingan Ahmad Zahid-Najib. Kumpulan ini mahu pilihanraya diadakan dengan segera dan menumbangkan kerajaan PN. DS Mohd Najib adalah ikon popular UMNO boleh mempengaruhi rakyat dan anggota UMNO. Dengan kekuatan Najib, UMNO-BN mampu menang dalam PRU akan datang.

 

Kumpulan ini kelihatan bijak tidak mahu menonjolkan pakatan sulit mereka dengan DAP dan DSAI sebelum PRU 15 dan mahu PRU 15 dilakukan segera kerana [1] menyelamatkan diri mereka daripada kes yang didakwa ke atas mereka dan [2] melakukan penjajaran semula parti politik selepas PRU15. Ketika itu rakyat barangkali dikencing lagi oleh politikus melalui pakatan sulit “Najib-Ahmad Zahid-Anwar Ibrahim-DAP”

 

iv

UMNO bakal berpecah.  Kegagalan UMNO paling besar ialah apabila mereka masih mengekalkan pemimpin yang bermasalah sebagai pemimpin mereka. Pemimpin yang bermasalah kelihatan kurang ikhlas kerana tidak mahu berundur. Paling kurang berehat untuk satu musim/penggal. Mereka tidak insaf dan masih ingat rakyat boleh diperbodohkan.

Sunday, January 03, 2021

Suara Akar Umbi UMNO


Setelah mesyuarat Bahagian diadakan, terdapat tiga kecenderungan utama suara akar umbi perwakilan kawasan UMNO iaitu

1.       UMNO bersama BN-PN-MN. Kurang musuh, banyak kawan. (TS Anuar Musa, DS Shahidan Kassim)

2.       UMNO bersama BN-MN (DS Mohd Najib, Dato Tajudin)

3.       UMNO bersama BN. Tanpa PAS. (DS Ahmad Said.)

 

Suara akar umbi UMNO kelihatan selesa dengan perkara 2 termasuk Tim Najib. Perwakilan UMNO kecewa dengan pengkhianatan pemimpin PPBM terhadap UMNO. UMNO memerlukan mandat daripada akar umbi bagi memuktamadkan keputusan  antara no 1, 2 atau 3.

 

Kecenderungan pemimpin UMNO (warlord) pula ialah

1.       UMNO hanya bersama BN-MN

2.       UMNO bersama PH (Anwar Ibrahim)

3.       UMNO bersama BN-PN-MN.

 

UMNO mesti ingat bahawa mereka mesti memenangi PRU15, jika tidak keberangkalian UMNO untuk berpecah adalah besar. Tidak mustahil UMNO berkubur atau lemah sebagaimana GOLKAR dan Parti Kongres India.

 

Pada PRU15, UMNO perlu melakukan pengorbanan besar demi perpaduan Melayu-Islam yang bakal mengecewakan suara akar umbi mereka. UMNO perlu mengetepikan kesombongan dan keegoan mereka sebagai abang besar, parti paling lama, parti paling kuat dan parti paling banyak jentera. UMNO perlu bersedia untuk kehilangan undi ahli mereka. UMNO bersedia untuk dikhianati oleh pemimpin-pemimpin mereka sendiri yang mempunyai kepentingan politik tertentu. Ini berlaku jika UMNO memilih bersama BN-MN-PN. Bersama PN-BN-MN, UMNO mampu menang bergaya dan selesa menentang musuh yang satu, PH+.

 

Jika UMNO tidak berjaya memuktamadkan keputusan, PN-BN-MN boleh menggunakan formula PRN Sabah 2020 iaitu semampu mungkin menggelak pertembungan sesama sendiri kecuali tidak pilihan sangat.

 

Jangan jadikan PRU15, jalan ke kubur bagi UMNO.

 

PH+ tersenyum. 

PAS, Error 404 dan BPMS


PAS tidak mampu berharap kepada error 404 untuk menyelamatkan diri daripada ‘percumbuan’ lama dengan rakan ‘sekatil’(sekutu) mereka. PAS kena muhasabah diri.

 

Antara kelemahan PAS dalam setiap gabungan yang disertai ialah melakukan sifat bebal dan dungu dengan membela rakan sekutu dalam gabungan parti politik secara melampau. PAS melakukan propaganda mempersucikan rakan sekutu sehingga menjilat balik kritikan, makian dan cacian dahulu. PAS pernah mempersucikan DAP semasa dalam BA dan PR. Kini mempersucikan UMNO-BN-Najib.

 

Perbuatan membela dan mempertahankan kesalahan, kesilapan dan dosa lampau rakan sekutu adalah tidak patut. Kesalahan, kesilapan dan kezaliman lampau perlu dihakimi melalui lunas-lunas yang dibenar oleh undang-undang. Sejarah tetap sejarah. Cara anggota PAS membela Dato Seri Mohd Najib luar biasa, bagaikan Najib tiada kesalahan.

 

PAS mesti tegas menyatakan hubungan PAS dengan mana-mana pihak bekas musuh adalah bersyarat ‘bersepakat atas perkara yang dipersetujui, menghormati, meraikan perbezaan atau ingkar dengan hati dan membuat teguran dalaman atas perkara yang tidak dipersetujui’. Selain itu, PAS perlu menonjolkan prestasi yang boleh membuat kehadiran mereka dirasai. Kemudian menonjol kelemahan, kesilapan dan kekurangan musuh politik dengan menunjukkan alternative yang boleh dilakukan oleh PAS.

 

PAS mesti memartabatkan dengan mengutamakan Budaya Politik Matang dan Sejahtera (BPMS) dalam setiap tutur kata dan tulisan mereka. BPMS bukan bermusim! Berbaik atau bermusuh dalam politik atas strategi BPMS.

 

PAS memerlukan pakar strategi, saraf dan propaganda sebagai Ketua Penerangan PAS Pusat.

 

Secara tuntasnya, PAS bersekutu atas kepentingan bersama bukannya tugas mempersucikan dosa-dosa kesalahan, kesilapan dan kekurangan ahli politik dan parti tertentu. Ahli PAS jangan terlalu teruja dengan hubungan baik  dan bersahabat dengan UMNO, Najib dab pihak lain. ‘Musuh menjadi kawan, kawan menjadi musuh’ bagi orang politik terlalu cepat berubah nilai ‘persahabatan’ mereka. PAS juga jangan terlalu teruja dengan tokoh, ikon atau selebriti yang menyokong parti mereka. Banyak keadaan iai bersifat fenomena popular yang bermusim.

Friday, January 01, 2021

Lee Kuan Yew, DAP dan Kehilangan Jati Diri

 Lee Kuan Yew contoh terbaik dalam pembentukan negara bangsa baru yang melupakan kefahaman sejarah asal-usul sesebuah negara dengan menghilangkan identiti kaum dalam mewujudkan kebudayaan nasional. Beliau menggunakan bahasa dan pendidikan dalam menyatukan kaum-kaum di Singapura menjadi Bangsa Singapura. Beliau juga mengguna-pakai tiga prinsip penting dalam pembentukan negara bangsa Singapura ialah meritokrasi, sekularisme dan kepelbagaian kaum.

 

DAP dan anak muda yang teruja dengan kepalsuan multikultural seringkali berangan-angan dengan meritokrasi, sekularisme dan kepelbagaian. Mereka seringkali memainkan isu sama rata, demokrasi, hak asasi manusia, keadilan dan ketidak-samaan sosial serta pembulian kaum majoriti ke atas kaum minoriti sebagai alasan cita-cita kewujudan Bangsa Malaysia.

 

Sejarah mesti dikorbankan dengan realiti kehidupan semasa. LKS membawa hujah, Dr Mohamed Rafick Khan dalam komen terkininya: “Ini Malaysia, bukan Malaya atau Tanah Melayu”.

 

Penulis membawa hujah Khoo Kay Kim: “Generasi muda di negara ini perlu sedar yang mereka milik sebuah negara bangsa dan dengan itu perlu menghormati sejarahnya.”

 

Kita mesti mengakui bahawa pembentukan negara bangsa Negara Malaysia ada permulaannya iaitu daripada konsep kerajaan ‘adanya Raja maka adanya Kerajaan’, kemudian konsep negeri (NNS, NMTB dan NMB), diikuti Tanah Melayu/Malaya dan Malaysia. Oleh itu, sejarah pembentukan Malaysia mesti difahami dan dihormati bagi mengekalkan kestabilan politik dan keharmonian kaum.

 

Pada penulis, masalah perpaduan kaum adalah masalah yang tidak akan selesai. Ia sentiasa ada dan tumbuh umpama rumput jahat. Maka, cara kita menghadapinya ialah jalan terus bagaikan menghadapi kemuncup di jalanan. Kita perlu mengurus konflik perkauman berdasarkan kapasiti kita sebagai rakyat atau kerajaan kerana situasi perkauman yang kita hadapi adalah berbeza. Pengaulan kita dengan kaum-kaum lain adalah pengalaman yang berbeza antara satu sama lain.. Ada yang yang berpengalaman dengan orang kuat sifat perkauman. Ada berpengalaman dengan orang yang terbuka dan rasional. Perkauman, ekstrem, taksub dan fanatik itu ada tebal atau nipisnya; ada tinggi atau rendahnya bergantung kepada diri seseorang (taqwa, kesabaran, kerasionalan) dan situasi semasa serta persekitaran.

 

ii

 

Sebagai reaksi seorang Bukan Islam, Lee Kuan Yew merumuskan lonjakan kefahaman Islam menjadikan Islam sebagai masalah dalam keharmonian kaum.

 

Lee Kuan Yew menganggap umat Islam paling sukar disatukan dan diintegrasikan. Umat Islam tidak bercampur gaul dan hidup terasing. Generasi awal bekerja dengan LKY adalah generasi yang bercampur dengan baik. Minum arak dan makan bersama-sama. Lonjakan kefahaman Islam menyebabkan persoalan halal atau  haram menjadi persoalan yang penting.

 

Islam sebagai tunjang kehidupan kerana memerhati (mempercayai) dan dipaksa untuk percaya oleh keluarga dan sebagainya, maka anda terpaksa wajib mengikutinya (mentaati) sahaja. Untuk menyelesaikan masalah ini, umat Islam perlu mengurangkan kepercayaan (ketaatan) mereka terhadap Islam.

 

Ada kelompok orientalis dan ‘barua’ mereka dalam kalangan Islamis membawa gagasan-gagasan idea berdasarkan Islam mengikut kehendak Barat (aqal dan nafsu manusia) atas nama dialog peradaban dan prinsip universal serta fitrah kemanusiaan.

 

Islam adalah satu sistem kehidupan yang tersendiri. Sebagai manusia yang bercakap tentang hak asasi manusia, sewajar kita menghormati pandangan agama Islam yang berbeza dengan pandangan dengan pegangan yang lain. Hormat dan raikan bukannya mendesak umat Islam mengikut pandangan yang kita pegang.

 

iii

 

Singapura kehilangan jati diri dan identiti. Meritokrasi dan kepelbagaian bakal memakan diri sendiri.

 

Penerimaan warga asing sebagai warganegara baru Singapura bakal menenggelamkan orang yang berasal dari Singapura. Meritokrasi menyebabkan warganegara baru kalangan orang bijak bersaing hebat dengan warganegara asal Singapura. Penguasaan warganegara baru boleh menjejaskan kestabilan politik dan ekonomi.

 

Kebudayaan asal Orang Melayu, Cina dan India Singapura bakal hilang diganti dengan budaya pop yang bersifat universal. LKY sendiri merasai kesan polisi yang dia jalankan sendiri. Katanya, “Rakyat Singapura mesti belajar untuk mengimbangi bahasa Inggeris dan Mandarin". Ini berlaku apabila anak muda Cina tidak lagi berminat menggunakan Bahasa Mandarin.

 

Kelumpuhan perwarisan politik Legasi LKY dan PAP bakal memalapkan Singapura. Sejauhmanakah mereka boleh bertahan apabila masyarakat Singapura dengan warganegara baru semakin meningkat. Warganegara baru hanya memahami Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu, Mandarin dan bahasa Tamil ditinggalkan. Kelak nanti, Singapura menjadi negara tanpa tuan.

Baju PAS, Badan PPBM


i

Ramai orang PAS dalam dilema kerana hubungan PAS dengan UMNO dan PPBM. Ia disebabkan sejarah lampau. Kini, terdapat orang PAS dan UMNO sangsi dan kecewa hubungan PPBM kerana ia parti yang pengaruh dan tiada jentera berdasarkan kekuatan PPBM dalam PRU14. Sebahagian besar anggota parlimen PPBM datang daripada kekuatan UMNO dan PH.

 

Sebelum itu, kita mesti memahami dalam sesebuah organisasi terdapat dua kelompok yang paling perlu diwaspada iaitu kelompok opurtunis dan kelompok ekstrem. Kelompok opurtunis suka mengambil peluang dan menipulasi keadaan demi keuntungan diri dan kelompok mereka. Daripada mereka munculnya budaya klik-puak, kronisme dan nepotisme. Kelompok ekstrem melakukan tindakan melampau dan diluar kawalan. Mereka didorong dengan semangat berkobar-kobar dan ilmu didada tetapi tiada hikmah dan kesabaran dalam pelaksanaan. Dua puak ini banyak merosakkan kebaikan sesebuah organisasi.

 

Jika kita menelusuri disebalik tabir dan dalaman PAS, ada kelompok opurtunis. Mustahil nak hapuskan kelompok opurtunis dan kelompok ekstrem melainkan jalan terus melalui kepercayaan kepada pemimpin yang bertaqwa dan berakhlak. Kedua-dua puak tersebut adalah kemuncup dalam perjuangan.

 

ii

 

Kelompok opurtunis dalam PAS pernah muncul disebalik jubah progresif. Mereka bertuankan AI dan berlujnahkan DAP. Tokoh yang bertanding melawan Presiden PAS minta restu daripada AI. DAP melakukan serangan daripada luar bagi menyokong kelompok opurtunis yang menyerang daripada dalam PAS. Mujurlah perwakilan PAS bijak membuat keputusan dengan menggeluarkan mereka secara demokrasi walaupun mereka adalah pemimpin yang berilmu, banyak jasa, popular dan banyak amal. Disiplin berjemaah lebih utama daripada segalanya.

 

iii

PAS mengutamakan prinsip penyatuan ummah antara orang Melayu-Islam melalui muafakat UMNO-PAS-PPBM diikuti dengan kaum-kaum yang lain. Ini sebagaimana dilakukan oleh Rasulullah melalui Piagam Madinah yang telah menyatukan Aus-Kharaj kemudian Muhajirin-Ansar diikuti dengan Orang Islam dengan Bukan Islam (khususnya Yahudi) di Madinah.

 

Realiti politik, UMNO dalam keadaan berpecah tiga kumpulan besar dan kepimpinan tertinggi hilang kawalan terhadap pemimpin-pemimpin parti. Wibawa, aura dan pengaruh Presiden UMNO lemah. Walaupun PPBM lemah, mereka adalah wadah kelompok orang Melayu Anti Anwar dan Anti-UMNO bertapak. UMNO dan PPBM mesti didekatkan untuk menyatukan kuasa politik Melayu-Islam. PASlah menjadi perantaraan antara kedua-dua parti ini. Strategi berenang dalam dua kolam tiada masalah. Parti Semangat 46 berenang dalam dua kolam dengan menjadi perantara antara Angkatan Perpaduan Ummah dengan Gagasan Rakyat. Adalah tidak adil memberi kata dua kepada PAS sama ada memilih PPBM atau UMNO. Setiap parti mesti melakukan pengorbanan demi mencapai kemenangan dalam PRU15.

 

iv

Sejak tumbangnya UMNO-BN, terdapat pertimbangan dan perkiraan politik yang mesti diambil kira dalam setiap keputusan dan tindakan. Pertimbangan tersebut ialah

 

1.       Raja-Raja Melayu

2.       Perlembagaan Malaysia

3.       Dominasi Politik Melayu-Islam-Bumiputera

4.       Masyarakat Majmuk

5.       Pengaruh Politik Wilayah Sabah dan Sarawak

 

PAS merupakan sebahagian daripada kerajaan bukannya sebuah kerajaan PAS. Setiap keputusan bukannlah datang daripada PAS sahaja tetapi keputusan kolektif kerajaan yang disertai oleh PAS. PAS terikat dengan keputusan kerajaan yang didokonginya.

 

Dalam konteks hari ini, PAS tidak mampu mendirikan sebuah kerajaan bersendirian tanpa sokongan Bukan Melayu-Islam dan parti dari Sabah dan Sarawak. Ini kekurangan PAS. Kepelbagaian puak dan aliran pemikiran dalam kerajaan perlu ditangani dengan hikmah agar tidak mendapat mudarat lebih besar. PAS mengamalkan apa yang disaran oleh Rashid Ghannousshi sebagai pengkongsian kuasa dan penyertaan terhad dalam kerajaan.

 

Peranan PAS sekarang dalam kerajaan ialah Islamisasi dan cuba mengembalikan ‘Daulat Islam’ secara berhikmah. Adanya PAS dalam kerajaan belum bermakna kembalinya daulat Islam. Secara dalaman dan sebalik tabir, PAS menghadapi tekanan daripada pelbagai puak dalam kerajaan. Rakyat kena doa dan sokong agar kuasa dominasi Melayu-Islam didaulatkan dalam kerajaan. Oleh itu, sokongan yang tuntas mesti diberikan kepada PAS dalam PRU15 agar kerajaan Malaysia stabil dan didominasi oleh kuasa politik Melayu-Islam.

 

Sastera, Politikus dan Orientalis


Cervantes (penulis buku Don Quixote), Paulo Coelho, George Orwell, William Faulkner, Gabriel García Márquez, karangan Shakespeare, Charles Dickens, Fyodor Dostoevsky, Ernest Hemingway, Tun Sri Lanang,  Pramoedya Ananta Toer, Umberto Eco, Haruki Murakami dan Jorge Luis Borges antara penulis hebat dan berpengaruh di dunia.

 

Karya kreatif banyak memberi kesedaran dan pencerahan kepada para pembaca. Ia dijadikan alat pemasaran idea-idea dan kritikan sosial kepada masyarakat.

 

Ramai orientalis mengkaji sesuatu perkara melalui karya kreatif  dan bentuk penulisan yang lain. Daripada penulisan kreatif ini, para orientalis membuat teori, mengolah pandangan dan mentakrif istilah-konsep.

 

Kesedaran dan pencerahan politik juga disebarkan melalui penulisan kreatif. Novel dan puisi menjadi alat kebangkitan anak bangsa menentang penjajah, menentang diktaktor dan penindas dan mengkritik kerajaan. Di Malaysia, Shahnon Ahmad menulis novel shiit mengkritik isu kepimpinan negara.

Negara Bangsa Malaysia: Realiti Hari Ini Berakar Sejarah


“Menghadapi realiti tanpa meninggalkan sejarah negara bangsa”

“Rakyat Malaysia yang baik menghormati sejarah negara bangsa ini bermula”

 

Tanpa pengetahuan sejarah, kita tidak mengetahui bagaimana negara bangsa ini bermula. Tanpa penegtahuan sejarah, kita tidak memahami pembentukan negara bangsa ini. Akhirnya kita biadap, kurang ajar, hilang jati diri dan hilang identiti diri kerana tidak memahami kebudayaan dan sejarah negara bangsa ini. Jurang perkauman semakin melebar, api kebencian dalam hati bakal meletus bila-bila masa.

 

Lim Kit Siang adalah politikus yang bermain-main dengan konteks peredaran zaman dan realiti hari ini kerana mempunyai agenda politik kekuasaan sehingga mengetepikan kefahaman sejarah yang mesti difahami oleh setiap rakyat Malaysia.

 

LKS menulis lima perkara yang menjadi rumusan perjuangan DAP sejak tahun 1969. Pada masa yang sama, LKS menyembunyikan matlamat DAP dalam perlembagaan DAP dan keputusan deklarasi-deklarasi DAP yang biadap tidak mengambil kira dan tidak menghormati sensiviti kaum majoriti Melayu-Islam-Bumiputera dari segi sejarah dan kebudayaan asal negara ini. Menolak unsur tradisionalisme bermakna menolak Perlembagaan Malaysia.

 

DAP bercakap tentang persoalan nasional sedangkan pemansuhan sekolah vernakular DAP tidak berani persoalkan.

 

Asas kepada pembentukan negara bangsa ini ialah hidup dalam realiti kehidupan pada hari ini dengan menghormati masyarakat asal yang majoriti tanpa mengetepikan masyarakat minoriti. Menghormati masyarakat asal yang majoriti dari segi sejarah, tradisi, budaya dan adat. Masyarakat Majoriti juga perlu menghormati tradisi, budaya dan adat masyarakat minoriti.

 

Kebudayaan Nasional berasaskan kebudayaan masyarakat asal yang majoriti tanpa mengetepikan kebudayaan masyarakat minoriti. Begitulah dalam semua perkara.

 

Sebahagian Kenyataan LKS

Punca permusuhan antara kaum

 

Pada PRU 1969, dua pemimpin Melayu dari DAP dipilih menjadi Adun dan sebelum PRU 1974 - sekiranya DAP menang di Perak, wakil rakyat bagi kawasan Tapah Road, Ibrahim Singgeh, akan menjadi menteri besar.

 

Antara ahli parlimen dan Adun lain dari DAP ialah Ahmad Nor, Ariff Sabri Abdul Aziz, Zairil Khir Johari (exco Pulau Pinang), Tengku Zulpuri Shah Raja Puji (mantan Timbalan Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli), Ariffin Omar, Syerleena Abdul Rashid, Abdul Aziz Bari (ketua pembangkang DUN Perak), Young Syefura Othman, Sheikh Umar Bagharib Ali (mantan exco Johor), Fadzlan Yahya, Mohd Salleh Nakhoda Itam, Daeng Ibrahim dan Hassan Ahmad.

 

Pada 1969, saya ditanya, apakah yang diperjuangkan DAP. Dan untuk menjawabnya saya rumuskan kepada lima perkara seperti berikut:

 

(i) Bahawa Malaysia adalah negara dengan masyarakat berbilang kaum, bahasa dan budaya, dan bahawa Malaysia yang berdaya maju hanya dapat dibentuk jika semua kaum dan kumpulan di negara ini diberi kepentingan yang sama di bawah langit yang sama.

 

(ii) Bahawa dalam masyarakat berbilang kaum seperti Malaysia, keganasan dan ideologi yang berteraskan paksaan - seperti disokong oleh Parti Komunis Malaya - hanya akan menyebabkan perpecahan kerana ia akan menjerumuskan kita kepada konflik antara kaum. Kekerasan dan keganasan dalam segala bentuk mesti ditolak.

 

(iii) Bahawa dalam masyarakat berbilang kaum, jika ada kumpulan kaum yang berasa mundur - baik dari segi pendidikan, ekonomi, budaya, bahasa atau politik - maka permusuhan antara kaum akan wujud. Usaha mesti dilakukan untuk menghilangkan ketidakseimbangan antara kaum dan kumpulan ini.

 

(iv) Kemiskinan bukanlah masalah komunal. Ia adalah masalah sosioekonomi dan menganggap kemiskinan sebagai masalah perkauman hanya akan meningkatkan permusuhan antara kaum di negara ini.

 

(v) Membentuk pentadbiran yang bersih, jujur, cekap, dan berkesan.

 

DAP terus berpegang kepada kelima-lima prinsip itu selama 55 tahun lalu lepas dan DAP akan terus berpegang erat dengannya dan kerana itu juga DAP tidak akan bekerjasama dengan pemimpin Umno yang kleptokratik, yang secara rasminya telah berkembang daripada sekumpulan dua orang kepada kini tiga orang.

 

Dengan kempen jahat penipuan, fitnah dan berita palsu - yang bertambah kuat dalam tempoh 12 tahun terakhir sejak 2008 dengan mendakwa kononnya DAP anti-Melayu, anti-Islam, dan antiraja - kami berhadapan dengan cabaran sengit untuk memenangi sokongan orang Melayu.

 

Namun kami tidak pernah berputus asa dengan cabaran itu.

 

Saya mengakui Mahathir sedikit sebanyak membantu kemenangan 42 kerusi parlimen DAP dalam PRU 2018, tetapi untuk mengatakan yang DAP tidak akan berjaya memenangi lebih daripada 18 kerusi itu adalah salah sama sekali.

 

Dalam wawancaranya, pemimpin veteran Umno, Tengku Razaleigh Hamzah mengembalikan semula idea Burhanuddin al-Helmy untuk memberikan “kerakyatan Melayu” kepada semua orang tanpa mengira kaum.

 

Seperti yang saya katakan dalam perutusan tahun baru 2021 saya semalam, rakyat Malaysia perlu meneliti dan menghayati sebab-sebab kita mundur berbanding negara lain.

 

Kita perlu terus mara dengan sebuah konsensus nasional baru untuk mengembalikan usaha menjadikan Malaysia negara maju berkelas dunia dan menyelamatkan negara ini daripada nasib menjadi sebuah kleptokrasi, kakistokrasi dan negara gagal.

 

Seperti yang dikatakan oleh Dr Mohamed Rafick Khan dalam komen terkininya: “Ini Malaysia, bukan Malaya atau Tanah Melayu”.

 

Marilah kita bergerak ke hadapan dengan peredaran zaman.

 

 

 

 

 

 

 

 

Langkah pertama ke arah itu ialah dengan bersetuju bahawa semua rakyat Malaysia mahu melihat diri mereka sebahagian daripada Bangsa Malaysia dan slogan untuk semua rakyat ialah “perpaduan Bangsa Malaysia” bukannya perpaduan Melayu, perpaduan Cina, perpaduan India, perpaduan Iban atau perpaduan Kadazan.

 

Hanya dengan cara ini sahaja dapat kita realisasikan cita-cita Bangsa Malaysia seperti yang diiltizamkan dalam Wawasan 2020 yang gagal.

Sebelum Loceng PRU 15 Melolong

 Sebelum Loceng PRU 15 Melolong a. Kerajaan 1. Kita perlu memahami bahawa kerajaan persekutuan pada hari ini berdiri atas sokongan para ahli...