Friday, December 18, 2020

Orang Bermasalah

 


Rasa tidak puas hati, kecewa dan sifat mahu melawan terdapat pada setiap orang yang berada dalam sesebuah organisasi. Apabila mereka sudah ramai, mereka membentuk kem dalam sesebuah organisasi. Kemudian, mereka melawan kepimpinan organisasi. Itu lumrah.

 

Setiap parti ada kaedah tertentu untuk menyelesaikan masalah. Antara ruang dan peluang untuk menyelesaikan masalah melalui mesyuarat, dialog tertutup, pemukiman dan bertanding semasa pemilihan organisasi. Jika tewas dalam pemilihan, tunggu pemilihan selanjutnya. Begitulah seterusnya. Jika tiada pilihan berehat atau keluar organisasi.

 

Hidup biar berjasa dan bermanfaat kepada orang lain bukannya menjadi beban. Jika menjadi beban, sila berundur tanpa disuruh. Hidup berorganisasi memerlukan seseorang memahami budaya kepengikutan dimana seseorang mesti setia kepada organisasi dan akur-taat kepada arahan pemimpin. Seseorang perlu membantu organisasi bukannya sibuk mengejar jawatan dan keuntungan peribadi.

 

Seingat dulu, Dato Husam Musa mendapat dua peluang menentang Presiden PAS tetapi melepaskan peluang tersebut. Begitu juga Dato Seri Mohamed Azmin Ali dan kartel yang gopoh melawan Presiden PKR sehingga dipecat. Sewajarnya menunggu pemilihan PKR pada tahun 2021 untuk pertandingan hidup mati. Kini, kartel Azmin mengalami pembersihan etnik dan kemungkinan besar tidak dicalonkan dakam PRU 15 serta terkontang kanting dalam PKR.

 

Apabila ruang dan peluang demokrasi melalui pemilihan tidak digunakan secara baik dalam organisasi. Akhirnya mereka dikenali orang bermasalah.

No comments:

Sebelum Loceng PRU 15 Melolong

 Sebelum Loceng PRU 15 Melolong a. Kerajaan 1. Kita perlu memahami bahawa kerajaan persekutuan pada hari ini berdiri atas sokongan para ahli...