Sunday, December 20, 2020

Jalan Politik Anwar Semakin Kabur

 

I

1. Kenapa Rafizi Ramli meletak jawatan sebagai Naib Presiden PKR dan tidak kembali setelah kartel Azmin tiada?


2. Kenapa Nurul Izzah mengundur diri daripada kepimpinan arus perdana dan jawatan dalam kerajaan PH?


3. Kenapa sahabat-sahabat lama Anwar Ibrahim pengasas reformasi menjauhi diri dan melarikan diri daripada DSAI?


Selagi persoalan in tidak dijawab, hala tuju perjuangan Anwar Ibrahim masih diselimuti kekaburan?


Tibalah masanya gandingan Izzah-Rafizi memimpin PKR. Anwar Ibrahim boleh menjadi KETUM dan bakal PM buat selama-lamanya.


II

Dalam majlis penutupan Kongres Nasional PKR 2019, teringat ucapan Tian Chua agar PKR mengutamakan agenda reformasi yang asal bukannya taksub kepada persoalan Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri.

Dalam kongres ini bukan isu Anwar jadi Perdana Menteri kelapan. Isu ini telah ditetapkan dalam Pakatan Harapan (PH), dalam meja rundingan PH.

“Saya kecewa dalam meraikan ulang tahun kita pada kongres kali ini, sepatutnya terus memperkukuh agenda perjuangan dan membela rakyat, tetapi sebaliknya menjadi medan untuk mengampu, mengipas secara bergilir-gilir (untuk) Anwar sebagai PM kelapan"

“Saya cabar semua, kita boleh buat sekarang ini dalam keadaan selesa kerana ada kemudahan mudah (sebagai kerajaan).

“Cuba fikirkan dua puluh tahun lalu, nak sebut ‘Hidup Anwar’ berapa ramai yang berani?


Ekoran mengkritik Anwar Ibrahim, Tian Chua diboo dalam majlis itu. Tidak cukup dengan itu, Tian Chua diserbu sekumpulan lelaki dipercayai penyokong PKR selepas mesyuarat di ibu pejabat di Petaling Jaya. Tian Chua turut ditolak selain ditampar pada bahagian kepala dan disimbah dengan air dan dibaling dengan botol ketika cuba dibawa memasuki sebuah kenderaan. (AA:1.3.2020). Inilah budaya gangster yang dinyatakan oleh Rafizi Ramli.

III


Ia bukan soal tolak Anwar Ibrahim sebagai Ketua PH atau calon PM. Ia persoalan kelangsungan kuasa yang mahu kemenangan yang mesti dicapai melalui sebuah gabungan parti politik yang besar agar berlaku pertembungan satu lawan satu dengan PN. Itulah diajukan PH+. Anwar Ibrahim kelihatan berat untuk bersama Tun M jika Tun M masih berkeras tidak menerima Anwar Ibrahim sebagai calon PM. Amanah dan DAP bersedia berketuakan Tun M atau calon pilihan Tun M.


Pada penulis, selain Anwar Ibrahim dan Shafie Afdal, PH+ boleh mencalonkan Dr Aziz Bari (DAP) atau Mohamad Sabu sendiri sebagai calon PM.

No comments:

Sebelum Loceng PRU 15 Melolong

 Sebelum Loceng PRU 15 Melolong a. Kerajaan 1. Kita perlu memahami bahawa kerajaan persekutuan pada hari ini berdiri atas sokongan para ahli...