Sunday, December 20, 2020

Negara Islam: Perundangan Islam Dalam Kontek Negara Hari Ini

 

Hudud Dalam Konteks Negara Pada Hari Ini.

 

Perundangan Islam (termasuk hudud) dalam konteks negara pada hari ini perlu ditangani dengan berhati-hati.

 

Negara Islam, penyelesaian tertinggi merujuk kepada al Quran dan as Sunnah. Itu jelas. Dari segi pelaksanaannya, ia memerlukan pendetailan mengikut keutamaan dan situasi.

 

Sebelum melaksanakan perundangan Islam, kita mesti memahami konsep Negara Islam. Menurut TG Haji Abdul Hadi Awang, syarat negara sepenuhnya berkuasa seperti dibawah.

 

1.     Ada wilayah/tanah/negeri

2.     Ada perlembagaan

3.     Ada pemimpin

4.     Ada rakyat

5.     Ada kedaulatan sebagai sebuah negara yang berdaulat dan berkuasa.

 

Melaksanakan Islam perlu fleksibel menurut keutamaan. Dalam konteks PAS, mereka cuba memperkenalkan RUU355 iaitu hukum takzir sesuai dengan masyarakat Malaysia yang majmuk. Itupun mendapat bantahan daripada umat Islam sendiri.

No comments:

Sebelum Loceng PRU 15 Melolong

 Sebelum Loceng PRU 15 Melolong a. Kerajaan 1. Kita perlu memahami bahawa kerajaan persekutuan pada hari ini berdiri atas sokongan para ahli...