Friday, December 25, 2020

Agama Itu Sudah Menjadi Klise!!

I

Agama itu Klise.[1]

 

Melihat seorang YB makan asam pedas di restoran bukan muslim. Demi keadilan bagi sahabat yang bukan Islam katanya. Dia mengakui tukang masak restoran bukan Islam.

 

Melihat seorang politikus lagenda merangkap pemimpin gerakan Islam menghadiri dalam upacara ritual dan kelihatan melakukan aktiviti tersebut sebagai tanda hormat dan meraikan kepelbagaian kaum.

 

Melihat seorang muslim berkahwin dengan upacara ritual agama lain.

 

Ada yang mengakui Islam pada nama. Amalan hanya pada hari raya. Ada Islam apabila balik kampung sahaja ketika bertemu ibubapa.

 

Ibu sahabat meninggal dunia. “saya tak nak ucapan klise seperti sabar dan Allah menyayangi ibu anda, itu klise”

 

Ada keluar agama Islam. Lebih berani ada yang isytihar murtad secara terbuka.

 

Berlakunya normalisasi dosa-maksiat-kemungkaran dalam kehidupan manusia.

 

ii

Islam bukan sekadar melafazkan kalimah syahadah tetapi MESTI melakukan penghayatan Islam dalam kehidupan kita.

 

Islam bukan sekadar agama atau upacara ritual. Islam adalah satu cara-gaya hidup.

 

Orang Islam mesti ada iman atau keyakinan yang WAJIB dipegang dengan ikatan-simpul kemas dalam Rukun IMAN. Tahap keyakinan-iman berbeza pada setiap orang. Disitulah letak TAQWA.

 

 

iii

Sebab-sebab:

 

Kita mengalami krisis taqwa dan krisis iman. Islam sebagai satu cara hidup semakin tidak diyakini. Ia berpunca daripada krisis ilmu.Mereka bukan tak tahu tetapi tak amal dengan yakin. Ingkar terhadap ilmu yang mereka tahu. Ingkar ilmu. Pahala-Dosa, Syurga-Neraka, azab kubur dan hari akhirat bukan lagi pertimbangan dalam melakukan sesuatu tindakan. Peranan pendidikan melalui ibubapa (paling penting) dan institusi pendidikan sudah menjadi satu malapetaka.

 

 

Jauh daripada pengaulan orang yang saleh. Tempat utama orang saleh adalah masjid dan majlis ilmu kurang dilazimi. Hilang sifat warak dalam pengaulan, tulisan dan ucapan. Amarah, benci, buruk sangka, dendam, sombong, fitnah, menipu dan dengki merajai dalam diri manusia. Nafsu seringkali menindas dan menewaskan aqal. Tasawuf dalam akhlak, adab dan hati semakin tumpul. Zikir dan fikir semakin kurang berbisa kerana pengaulan bercampur gaul antara pahala, dosa dan fitnah. Manusia gagal mengawal diri. Muhasabah diri.

 

Gaya hidup penuh kemewahan, keselesaan, kekayaan dan menganggap diri sebagai genius-cerdik telah menghilangkan kebergantungan kita kepada Allah SWT. Sifat hamba dalam diri manusia semakin menghilang. Sifat kesombongan, takbur, keegoan dan keakuan semakin meninggal. Tanpa Tuhan pun, aku boleh hidup mewah dan kaya raya.

 

Agama menjadi adat dan budaya bukan lagi satu gaya hidup. Aqidah dan tauhidik bukan lagi menjadi asas kehidupan. Tiada lagi pertimbangan aqidah dalam tindakan. Islam tidak lagi diambil kira dalam membuat keputusan. Adab telah mati. Ulama sudah diketepikan. Hidup ikut suka aku. Ikut nafsu-akal aku sahaja. Lemas dalam kepelbagaian agama (pluralism). Teruja dengan kemajmukkan masyarakat. Persamaan, sama rata, keadilan dan hak asasi manusia versi Barat menjadi pegangan bukan lagi prinsip Islam.

 

Menjadi kelemahan ulama sebagai modal mengkritik agama. Membuat tanggapan agama dan ulama pada hari ini sebagaimana agama Kristian dan paderi pada zaman kegelapan di Eropah. Ulama itu penunggang agama. Ulama itu memonopoli agama. Ulama itu memanipulasi agama.

 

iv

Lulusan agama dan agamawan gagal menjadi contoh tauladan yang baik. Ilmu banyak tetapi kefahaman dan akhlak ke laut. Kefahaman yang keras dan mengikut kehendak keuntungan diri membawa fitnah kepada agama. Agama digunakan untuk kepentingan duniawi, ditunggang dan diniagakan untuk kepentingan dan keuntungan diri sendiri.

 

Sifat warak dan ikhlas semakin tumpul kalangan lulusan agama dan agamawan. Semuanya sekitar ‘cari makan’ dan populariti.

 

Agama sudah menjadi klise kalangan anak muda hari ini.



[1] Cliche yang membawa maksud sesuatu idea atau perlakuan yang diulang-ulang penggunaannya tanpa memberikan satu tafsiran baru. Pengulangan ini dilakukan kerana adanya sedikit kemalasan untuk menggerakkan minda supaya berkerja bagi mendapatkan sesuatu yang segar dan lebih menarik daripada sesuatu yang sekian lama dilakukan.

 

Dalam Wikipedia menyatakan, Klise (juga dieja klisé, daripada istilah Perancis cliché) atau kata basi[1] ialah sebarang ungkapan, idea atau unsur yang terkandung dalam sesebuah karya seni yang digunakan secara lewahnya sehingga hilang maksud asal atau kesannya. Lewah guna ini mungkin juga sudah sampai ke tahap yang basi atau menjengkelkan, khususnya apabila ada ketika dahulu idea atau ungkapan itu dikira penuh bermakna ataupun amat baharu.[2]

 

Istilah ini sering digunakan dalam konteks budaya moden (secara pejoratifnya) untuk merujuk kepada suatu perlakuan atau idea yang dijangka atau diramal berdasarkan suatu peristiwa yang telah berlaku sebelum ini. "Klisé" barangkalinya bersifar benar mahupun sebaliknya.[3] Ada daripada klise-klise ini yang merupakan stereotaip, tetapi ada juga yang merupakan truisme dan fakta.[4] Klisé sering diguna pakai dalam karya fiksyen untuk tujuan komedi.

No comments:

Sebelum Loceng PRU 15 Melolong

 Sebelum Loceng PRU 15 Melolong a. Kerajaan 1. Kita perlu memahami bahawa kerajaan persekutuan pada hari ini berdiri atas sokongan para ahli...