Monday, September 15, 2025

Kenapa Kita Berbeza Memahami Seorang Sayyid Qutb?

 

1. Ada orang mengambil faedah dan manfaat serta kebaikan daripada satu sisi pandangan Sayyid Qutb. Mereka menyisih dan menolak pandangan Sayyid Qutb yang mereka tidak bersetuju.

2. Ada yang memahami Sayyid Qutb daripada sudut berbeza. Ia umpama melihat nombor 9 atau 6. Orang yang melihat daripada sudut bawah akan mengatakan ia nombor 6 manakala orang yang melihat daripada sudut atas akan mengatakan ia nombor 9. Padahal ia adalah entiti yang sama difahami dan ditafsir berbeza kerana posisi mereka yang berbeza. Ia sukar didamaikan.

3. Sebagaimana membaca al Quran, tafsiran dan kefahaman setiap pembaca al Quran adalah berbeza. Umpamanya Universiti yang sama, pensyarah yang sama, silibus yang sama, sumber ilmu yang sama tetapi menghasilkan mahasiswa yang berbeza. Setiap orang akan faham dan tafsir berbeza menghasilkan pendekatan, strategi, tindakan, pandangan dan keputusan berbeza. Pilihan yang dibuat atas kebertanggungjawaban individu yang melakukan tindakan. Bukan salah sumber ilmu, universiti atau guru mereka. Akal untuk memilih baik atau buruk.

II

 Isu Masyarakat Jahiliah,

Syeikh Solah al-Khalidi menjelaskan bahawa Jahiliyyah di sini buka merujuk kepada individu yang menjadi ahli masyarakat Jahiliyyah tetapi merujuk kepada nilai-nilai, undang-undang dan moral yang mendominasi masyarakat tersebut. Manakala dari segi status individu tersebut, bergantung kepada kaedah yang selain dari kaedah jahiliyah yang dimaksudkan beliau. (tulisan Ustaz Mohd Syauqi Md Zahir al-Kulimi)

Isu Hakimiyyah

Salah faham ini sebenarnya berasaskan dua faktor. Pertama: Ketiadaan istilah khusus di dalam al-Qur’an dan Hadith. Sekiranya faktor ini diguna untuk menolak istilah yang diguna pakai oleh Sayyid Qutb, maka menurut Syeikh Solah Al-Khalidi, kebanyakan istilah lain seperti Al Rububiyyah, Al-Uluhiyyah, Al-Ubudiyyah juga perlu ditolak kerana tidak disebut secara khusus dalam al-Quran. Sebenarnya istilah yg digunakan Sayyid Qutb adalah bersandarkan banyak ayat-ayat al-Qur’an yang mana boleh dirujuk kepada ayat-ayat berikut yang telah pun dibincangkan sebelum ini (7:54, 12:40, 12:67, 5:59, 5:64). Al-Hakimiyyah yang di maksudkan beliau juga merupakan satu aspek kepada pemahaman Uluhiyyah dan Rubbubiyyah Allah SWT yang berkaitan dengan Iman dan Islam. Faktor kedua adalah apabila digembar-gemburkan bahawa golongan Khawarij adalah yang pertama menimbulkan istilah tersebut, maka dituduh Syed Qutb sebagai Khawarij. (tulisan Ustaz Mohd Syauqi Md Zahir al-Kulimi)

III

Menggunakan Istilah yang sama tetapi Konsep-Kefahaman yang berbeza dengan Khawarij.

Isu Khawarij menggunakan istilah tersebut sebenarnya sudah diketahui Sayyid Qutb. Pernah beliau ditanya tentang maksud al-Hakimiyyah, beliau menjawab: “Menjadikan syari’at Allah sebagai kaedah perlembagaan”. Dan ditanya juga, tidakkah beliau sedar yang Khawarij juga menggunakan istilah yang sama? Beliau 32 menjawab dengan kata-kata Saiyyidina ‘Ali “Sesungguhnya ia adalah kalimah yang benar tapi menginginkan kebatilan”(tulisan Ustaz Mohd Syauqi Md Zahir al-Kulimi)

Disini kita melihat dari segi keterbukaan fikiran sebagaimana Za'ba dan Muktazillah, Al-Attas dan Syiah, Sayyid Qutb dan Khawarij perlu dilihat dari segi keterbukaan berfikir.



No comments: