Monday, September 15, 2025

Anti-Takfir (1)


Sebagaimana kumpulan lain, kelompok pelampau terdapat dalam gerakan Islam. Sebab itu daripada awal Ustaz Hassan al Banna meletakkan tentang takfir dalam usul 20.

Punca takfir:

1. Reaksi ke atas kejahilan pihak lawan yang menampakkan ciri-ciri melampaui batas iman dan kufur. Punbegitu, gerakan Islam tidak bermudah-mudahan mengkafirkan umat Islam yang lain kerana ia melibatkan ilmu dan ketanggungjawab serta autoriti.

2. Kejahilan diri orang mengkafir

3. Usia muda--berani, kurang matang dan bodoh

4. Semangat berlebihan kerana mencintai agama dan perjuangan tanpa ilmu, tidak sabar dan mudah hilang kewarasan.

5. Konteks zaman dan situasi yang dihadapi.

 

Kebanyakan mereka yang melampaui batas ditegur dan dinasihati, jarang dibuang dan dipecat tetapi ramai terpinggir dan tersingkir secara semula-jadi atau melarikan diri daripada PAS.  Peliknya, kalangan mereka yang KERAS dan keterlaluan dalam menghukum orang lain kafir akhirnya menyertai kem musuh (politik) dan menjilat apa yang dikatakan oleh mereka sendiri. Ada juga yang berubah seiring dengan kematangan usia dan perkembangan ilmu.

 

Paling malang, kelompok yang kononnya ANTI-KAFIR bermudah-mudahan meletakkan dan menuduh orang lain mengkafirkan mereka. Bahkan mereka sendiri melabelkan orang yang didakwa mengkafir atau pengamal takfiri sebagai kelompok khawarij. Maka, lengkaplah kitaran TAKFIRI (Kafir-mengkafir: Aku kata mung kafir, mung kata aku kafir). Persoalannya sebenarnya adalah LABEL-Melabel.

No comments: