Monday, September 15, 2025

Berbual Dengan Dr Mohamad Kamil Abdul Majid (2)


17/12/2013

Keterbukaan Berfikir

Ada yang menuduh al -Attas sebagai Syiah.

Bagi Dr Mohamad Kamil, (ia persoalan) keterbukaan berfikir. Pada saya, bukanlah menjadikan Al Attas seorang syiah. Sama juga tidak menjadikan Zaaba Mu`tazilah. Kebebasan berfikir adalah tuntutan Islam. tetapi memberi keterbukaan kepada awam yang tidak ada asas lebih banyak bahaya dari faedahnya. Bagi individu yang ada keupayaan mereka boleh ambil dari mana mazhab sahaja, asalkan jangan sampai merempuh prinsip2 syariah. Orang sufi banyak sudah merempuh asas syariah, tetapi kalau mereka faham dan sampai ke kemuncak kesufian mereka akan kembali kepada syariah...dari fana kepada baqa.

Bagi pihak authoriti, mereka berhak menentukan mana-mana pendapat atau mazhab kerana perlu ada penyelarasan, kalau tidak huru hara jadinya. Contoh dlm menentukan awal bulan atau permulaan puasa dan hari raya. namun bagi mereka yang dalam ilmunya, boleh amalkan sebaliknya, secara senyap (seperti dilakukan Haji Mohd Noor Ibrahim, mufti kelantan dahulu). Tetapi bagi awam mesti ikut authoriti.

Malah tidak ada negara yang tidak ada mazhab.

Kembali kepada Al Attas, atau orang lain juga, saya berpendapat kerangka berfikir mereka masih sunni. Tetapi tidak lah salah kalau pada perincian ada beberapa pendapat syiah yang mereka pegang.

Saya sendiri berpandangan, jika suami mencerai isteri talak 3, sekali gus, atau talak 1,000 pun masih jatuh satu, Adakah bermakna saya ikut ajaran syiah Jafariah. Sebab kalau sekali cakap jatuh tiga, lepas sembayahng cukup lah berkata subhanaLLah 33 kali, alhamduliLLah 33, Allahu Akbar 33, tanpa mengulanginga, seperti talak 3 kali sekali gus. Wallahu a`lam.

Ertinya, bagi mereka yang ada pada tahap tertentu, mereka bebas melakukan apa yang mereka ijtihadkan. jangan bawa hal ini untuk awam yang akan besar bahayanya dari faedahnya.

No comments: