Saturday, June 09, 2018

GERAKAN MAHASISWA ISLAM PADA ERA MALAYSIA BARU




Lama tidak menulis tentang gerakan mahasiswa. Banyak perkara sudah lupa ekoran jurang usia dan zaman. Kemenangan  Pakatan Harapan yang dianggotai oleh ‘musuh’ lama dan ‘sahabat’ gerakan mahasiswa bakal mencorak ‘rupa-paras’ gerakan mahasiswa pada era Malaysia baru.

Dalam Pakatan Harapan (PH) terdapat ramai pemimpin pro gerakan mahasiswa sebagaimana Dato Saifudin Abdullah dan Dr Mazslee Malik. Pada masa yang sama, ia juga dipimpin oleh musuh gerakan mahasiswa termasuk pengasas Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU), Tun Dr Mahathir Mohamad.

Asas kepada pengupayaan Malaysia Baru terletak kepada:

1. Reformasi institusi
2. Pembanterasan amalan rasuah, kronisme dan nepotisme
3. Pengupayaan ekonomi yang lebih adil
4. Pengupayaan ruang kebebasan –kebebasan berorganisasi, kebebasan media dan kebebasan bersuara.
5. Nilai Budaya Baru

Kelima-lima perkara ini mesti berakar-umbikan Perlembagaan Malaysia.

II

Penulis beranggapan gerakan mahasiswa Islam perlu mengambil peluang Era Malaysia Baru secara optimun dengan fokus kepada:

1. Pembinaan silibus usrah yang memampu menghadapi cabaran pemikiran kelompok Sekular-Pluralis-Liberalis (SEPILIS).
2.  Mengupayakan sebuah gerakan mahasiswa yang berasaskan kebajikan masyarakat dan lapangan. Lazimkan aktiviti bersama OKU, kanak-kanak autisme, isu kepenggunaan dan isu alam sekitar. Biarkan para kader menguasai isu-isu dan memperjuangkan isu-isu tersebut.
3. Mengupayakan intelektualisme dengan menghidupkan majlis ilmu seperti forum, debat dan seminar secara aktif. Jadikan Wacana Sinar Harian dan Debat Agung Ekonomi sebagai model.
4. Penjenamaan semula GAMIS sebagai NGO Belia dengan nama Gabungan Anak Muda Islam SeMalaysia (GAMIS)

III

1. GAMIS wajar melahirkan kader yang boleh berbicara tentang persoalan isu-isu semasa berdasarkan perspektif Islam. Justeru, pemimpin GAMIS mesti banyak membaca dan membedah buku. Budayakan amalan membaca dalam gerakan mahasiswa Islam.

2. Pengajian aqidah secara berkitab turath dan diskusi buku pemikiran seperti buku Islam dan sekularisme (karangan Prof al Attas) sangat penting menguatkan jati diri Islam pemimpin dan kader gerakan mahasiswa Islam dalam mendepani kelompok SEPILIS.

3. Melatih pemimpin muda Islam yang mengutamakan aqidah, integriti dan kualiti kerja.



GAMIS adalah cerminan PAS masa depan perlu lebih dinamik dalam mendepani arus cabaran masa depan.

2 comments:

Taziah said...

Setuju. Idea2 sebegini perlu didengari pemimpin pas. Adakah saudara tahu saluran saluran yg dpt pemimpin pas mengetahui Akan maklumat ini? Kerana ini Masa depan pas. Harini ph mengatakan benda2 yg kadang2 Ada sabit dgn kebenaran ttg pas, contoh dlm budaya wacana, seminar amat kurang dlm pas, setahu ana. Ana bkn org pas, tapi ana berminat dgn pas, ana lihat pas perlu mementingkan aspek pembangunan kader2 yg mampu menjawab secara lisan mahupun perbuatan segala hujjah dari golongan sepilis atau sama waktu dgnnya yg mereka selalu kritik kepada golongan islamisme, sebagai retorik, tidak pandai memimpin kemajmukan, Dan byk isu yg kadang2 benar terdapat dlm kelompok islamisme. Ana tidak menyokong pasca islamisme kerana ana masih beriman bahawa islamisme adalah wadah sesuai bagi umat islam. Namun Kita perlu kepada kaedah yg agresif utk menjadikan pas sebagai parti ataupun pergerakan yg bersifat inklusif, madani dsb.

Unknown said...

I am typically to blogging and i actually admire your content. The article has really peaks my interest. I'm going to bookmark your web site and preserve checking for new information. online casino bonus

Sebelum Loceng PRU 15 Melolong

 Sebelum Loceng PRU 15 Melolong a. Kerajaan 1. Kita perlu memahami bahawa kerajaan persekutuan pada hari ini berdiri atas sokongan para ahli...