Sunday, January 14, 2018

Krisis Kepimpinan Jamaah Tabligh: Isyarat Dari Tonggi.


[1]
Ijtima’ (pertemuan) Tonggi sangat terkenal di dunia. Ia menjadi sebutan dibibir pendokong Jamaah Tabligh di dunia. Ijtima’ ini merupakan himpunan terbesar umat Islam selepas himpunan jemaah Haji di Padang Arafah. Ia juga dikenali himpunan lelaki Islam terbesar di dunia.

Ijtima’ Tonggi adalah Ijtima dunia yang lebih dikenal dengan nama “Ijtima Bishwa” pertama kali dibuat pada tahun 1966 di sebuah masjid di Tonggi. Kini ia dibuat seluas 77 hektar di tepi sungai Turag, di kawasan Tonggi dekat ibukota Bangladesh, Dhaka dan dihadiri lebih kurang 3-5 juta lebih pendokong JT dari 152 negara di dunia. Kehadiran jutaan pendokong JT ini menyebabkan panitia menganjurkan mengadakan ijtima’ sebanyak 2 fasa. Ijtima’ ini dilakukan selama 3 hari.

[2]
Perpecahan Jamaah Tabligh pada hari ini berpunca daripada beberapa sebab:

a. Isu pelantikan Amir dan Ahli Syura Alami
b. Kekecohan antara Orang Mewat dengan Orang Gujarat di Nizamuddin.
c. Watak Yasin. Yasin adalah pembantu Maulana Saad selama 17 tahun dikatakan mengkhianati Maulana Saad dengan menerima sumbangan jutawan tanpa pengetahuan maulana. Yasin rapat dengan para pimpinan Syura Alami. Dalang pengunduran beberapa orang ulama daripada Nizamuddin.
d. Kesilapan kenyataan Maulana Saad yang dikritik hebat oleh para ulama dari madrasah tersohor di India iaitu Madrasah Darul Ulom Deoband. Maulana Saad telah menarik balik kenyataan beliau tetapi beliau menjadi mangsa fitnah dan persepsi.

[3]
Pada zaman Maulana Inamul Hasan (1962-1996) telah dibentuk syura untuk menentukan amir berikutnya. Syura tersebut adalah : 5 dari india : Maulana izhar, Maulana Zubeir, Maulana Saad, Maulana Umar phalampuri, Meyaji Mehrob, 4 dari pakistan : Syaikh Abdul Wahab, Mufti Zaenal Abidin, Maulana Said Ahmad Khan, dan Bhai Afdhol, 1 dari bangladesh : Ir. Abdul Muqit. Setelah maulana inamul hasan meninggal maka Syura yang dibentuk bermusyawarah selama 3 hari 3 malam untuk mengeluarkan 1 nama menjadi amir. Tetapi gagal memutuskan seorang nama. Syura Dunia yang dibentuk Maulana Inamul Hasan telah memutuskan memilih 3 Faishalat(pemutus musyawarah) atau 3 amir musyawarah iaitu : Maulana Izhar, Maulana Saad, dan Maulana Zubeir. Kini anggota Syuro Dunia yang asal hanya tinggal 2 orang iaitu Syaikh Abdul Wahab dan Maulana Saad. Maulana Saad menjadi Faishalat atau Amir Dakwah tunggal.

Krisis kepimpinan Jamaah Tabligh meruncing pada ijtima’ Tonggi 2018 rentetan krisis yang berlaku pada tahun 2015 dimana Maulana Saad tidak bersetuju dengan saranan Orang Lama dalam JT semasa ijtima’ Raiwind di Pakistan(November 2015) yang bersetuju menambah bilangan ahli Syura Alami seramai 11 orang disamping dua ahli Syura yang asal iaitu Maulana Saad dan Syeikh Abdul Wahab. Mereka yang dilantik ialah 1. Muhtaram Hj Abdul Wahab DB (Raiwind) 2. Maulana Saad Kandahlawi DB (Nizamudin) 3. Maulana Ibrahim Dewla DB (Nizamudin) 4. Maulana Yaakob DB (Nizamudin) 5. Maulana Ahmad Lat DB (Nizamudin) 6. Maulana Zuhairul Hasan DB (Nizamudin) 7. Maulana Nazrur Rahman DB (Raiwind) 8. Maulana Abdurahman DB (Raiwind) 9. Maulana Ubaidullah Khursyid DB (Raiwind) 10. Maulana Ziaul Haq DB(Raiwind) 11. Qari Zubair DB (Kakrail) 12. Maulana Rabiul Haq DB (Kakrail) 13. Bhai Wasiful Islam DB (Kakrail).

Maulana Saad tidak bersetuju dan  tidak menandatanganipengakuan persetujuan tersebut. Seramai 4 orang dari 13 nama tersebut tidak setuju tentang pembentukan Syuro Alami iaitu 1. Maulana Saad Kandahlawi DB (Nizamudin) 2. Qari Zubair DB (Kakrail) 3. Maulana Rabiul Haq DB (Kakrail) 4. Bhai Wasiful Islam DB (Kakrail).

Maulana Saad mencadangkan ѕеtіар negara daerah ijtimaiyat dakwah supaya dipimpin оlеh Syura masing-masing.

Setelah pulang dari ijtima’ Raiwind, Maulana Saad telah membentuk Syura di Nizamuddin (6 Disember 2015) yang terdiri daripada orang orang Lama Da’wah Nizamuddin iaitu : (1) Maulana Ibrahim, (2) Maulana Yaqub, (3) Maulana Ahmad Lat, (4) Maulana Zuhairul Hasan, (5) Maulana Yusuf bin Saad, (6) Maulana Abdul Sattar, (7) Miyani Azmat, (8) Dr, Abdul Aleem.

Pada tahun 2016 berlaku kekecohan di Masjid Bangle Wali, Nizamuddin menyebabkan 4 dari 8 orang ahli Syura Nizamudin meninggalkan Markaz Nizamuddin. Ia berpunca daripada tindakan pembantu Maulana Saad menerima sumbangan jutawan tanpa pengetahuan Maulana Saad. Berlaku kekeliruan mengatakan bahawa Maulana Saad telah menerima sumbangan tersebut. Maulana Saad mengarahkan sesiapa yang mengambil wang tersebut menyerahkan balik.

Selang beberapa minggu, berlaku cubaan membunuh Maulana Saad di Markaz Nizamuddin oleh orang Gujarat. Seramai 5000 orang Mewat (orang didakwah oleh Maulana Ilyas dan rapat dengan keturunan Maulana Ilyas) turun ke Markaz Nizamuddin dan melakukan penghalauan terhadap orang Gujarat di sekitar Nizamuddin. Maulana Ahmad Lat, Maulana Ibrahim dan Maulana Yaakob keluar dari markaz Nizamuddin sebab malu dengan apa yang telah dilakukan oleh orang Gujarat. Kebetulan mereka pun keturunan Gujarat.

[4]

Ijtima’ Tonggi 2018.

Pada hari pertama (13.1.2018) Syura dari Negara-negara Arab dan Eropah, Amerika Syarikat, Malaysia dan Indonesia ke Markaz Kakrai telah bermesyuarat dan mendengar nasihat daripada Maulana Saad dan keesokkan harinya (14.1.2018), Maulana Saad terpaksa pulang ke India ekoran desakan dan halangan pihak tertentu. Menariknya, bayan Subuh telah diambil oleh Maulana Ahmad Lat.

Ijtima’ Tonggi kali ini dianggap telah disabotaj oleh pihak Syura Alami.

Adakah ijtima’ Tonggi berakhir buat selama-lamanya? Atau pada tahun depan ia sepenuhnya didominasi oleh Syura Alami dan menolak Maulana Saad?

[5]
Apa yang berlaku kepada JT memberi pengajaran kepada kita
a. betapa pentingnya pembinaan pelapis yang tersusun.
b. perebutan kuasa berlaku dimana-mana
c. berhati-hati dengan muslihat politik dalaman.
d. pihak yang merajuk, terpinggir dan opurtunis seringkali mengambil peluang merebut kekuasaan dan keuntungan peribadi.

[6]

Bagi mengatasi persoalan ini, antara solusinya ialah
a. Maulana Saad boleh menjadi watak pendamai sebagaimana dilakukan oleh Saidina Hassan Bin Ali. Berkorban diri demi kesejahteraan umat dan JT.
b. Kematian anggota Syura Alami perlu diganti secepat mungkin. Keanggotaan Ahli Syura Alami seramai 13 orang seperti yang dinyatakan oleh Maulana Inamul Hassan iaitu ada wakil daripada Raiwind, Kakrai dan Nizamuddin..
c. Pelantikan Amir Dunia dan 4 orang Naib Amir Dunia (Seorang wakil Asia, Afrika, Arab dan AS-Eropah) perlu dilakukan oleh Syura Alami.
d. Ijtima’ Raiwind, Kakrai dan Nizamudin medan Syura Alami membuat keputusan. Amir Dunia dan dibantu oleh dua orang Faishalat di Nizamudin.

[7]

Moga ada damai bagi JT.

23 comments:

ady said...

FAKTA di atas tidak betul. maulana saad , maulana azhar dan miji mehrab bukan faisala untuk jt seluruh dunia. mereka hanya faisala utk nizamuddin sahaja. yg jadi faisala utk mesyuarat seluruh syura dunia apabila bertemu ialah hj abd wahab dan mufti zainal abidin.

Unknown said...

Mana ko tau ni

Unknown said...

Memang semua orang lama tahu ini. Ia nya dikatakan sendiri oleh hj Abdul Wahab Sahab juga oleh Maulana Ibrahim. Kerana itu Hj Wahab telah menambah syura ketika Raiwind 2015.
Tambahan lagi, kenyataan blogger diatas banyak meleset, dlm ertikata lain penjelasan² nya itu datang dari sumber yang melakukan pembohongan, sebagai contoh; kisah pergaduhan di dlm markaz Nizamuddin bukan kerana ada usaha membunuh moulvi Sa'd (ini palsu dan fitnah), tetapi penyokong² maulvi Sa'd yg telah masuk dan memukul penyokong syura alami, Maulana zuhairul hassan ada ketika kejadian dan melihat peristiwa itu saksi nya, dia masih tinggal di nizamuddin Dan awak boleh ke sana dan berjumpa beliau dan tanyakan kesahihan. Maulana² yg meninggalkan Nizamuddin bukan kerana malu tetapi faktor keselamatan.
Point berkaitan yassin pun telah dikelirukan oleh penyokong Maulvi Sa'd di delhi, kisah ambik duit itu tidak ada sumber dan bukti serta yassin tidak ada kena mengena dgn kes syura alami, dikatakan yassin telah hantar org utk membunuh maulvi Sa'd dan org itu berjaya ditangkap,dipukul,dan dia mengaku yassin hantar dia utk bunuh, tetapi yg pelik yassin masih tinggal di sekitar nizamuddin tanpa mereka² pergi pukul dan bawa ke polis walaupun ada bukti ..bukankah ini drama!

Tuan semua yg menyokong maulvi Sa'd berfikir lah dgn iman di dada, tidak Ada siapa nak bunuh Maulvi Sa'd Dan tidak ada isu FBI atau CIA masuk dlm Nizamuddin, ini semua mengarut! Jika nak bertabayyun pergilah jumpa Maulana ibrahim,Ahmad lat,tariq Jameel,Maulana ihsan Dan lain² Dan Tanya kisah sebenar. Jangan semberono menyokong Dan taat, Dan menuduh kami di pihak memfitnah, sepertimana kami akan ditanya kelak kamu semua pun akan ditanya bukti tuduhan kamu kepada kami ..

Unknown said...

Setelah ditabayun pd dua belah pihak ,insya Allah meneruskan di bawah pimpinan syura alami

Mohamad sir said...

Taada jawapan dipihak molvi saad. Bermakna.. org Molvi Saad tidak tahu peekara sebenarnya. Bagi mereka2 yg kuat d fikir man2.. silah k nizamuddin dan bertanya maulana2 yg sezaman dengan Mol. Innamul Hasan. Jgn mngikut tanpa cerita sebenar.

Mohamad sir said...
This comment has been removed by the author.
Mohamad sir said...

Semasa saya masuk tabligh thun 2007 saya ada mndengar bayan d nizamuddin(mungkin tuan2 juga ada dengar) bhwa selps hidraji ke3 M.Inamul hassan..tidak ada lagi amir dunia.. berjalanlah usaha dakwah kalian mngikut cara SYURA yg dilntik 11 org itu. TTAPI MOLVI SAAD telah nngaku dia adalah AMIR DUNIA.BERRANYALAH dengan molana2 yg telah lama buat usaha ini.. mereka lbih tahu.AMIR YG. ditunggu2 olih umat d yg layak jadi Amiar dunia setelah wafatnya 3 hudraji trdebut TIDAK LAIN hanya IMAM MAHADI. itu yang saya dengar dulu.

Mohamad sir said...
This comment has been removed by the author.
Mohamad sir said...
This comment has been removed by the author.
Mohamad sir said...
This comment has been removed by the author.
Mohamad sir said...
This comment has been removed by the author.
Mohamad sir said...

Sila ke adress: "Wadah Alhikmah"
Friday may5, 2017

KRISIS DALAMAN JEMAAH TABLIGH DUNIA

Antara Amir Jemaah VS Syura Alami.

“Apa yang sebenarnya berlaku; sebelum meninggalnya Hazat Maulana Inamul Hassan, di Mekah, Hazratji telah memilih 10 orang untuk menjadi ahli syura yang akan bermesyuarat bagaimana usaha yang mulia ini harus dijalankan apabila beliau meninggal dunia. Apabila Hazratji meninggal dunia pada tahun 1995, semua 10 ahli syura ini telah bermesyuarat dan mereka sebulat suara telah bersetuju bahawa usaha yang mulia akan berjalan melalui mesyuarat ijtimai dengan melantik seorang dari antara mereka menjadi amir mesyuarat........

---------------
BETUL
.......Mereka juga sebulat suara bersetuju bahawa selepas Hazrat Inamul Hassan tidak akan ada Hazratji dan tidak akan ada Baiah.
“Mereka juga telah melantik 3 orang diantara mereka untuk menjadi syura Nizammudin dan akan bergilir gilir menjadi amir mesyuarat selama 3 hari. Syura Nizammuddin ini dilantik untuk hanya menguruskan amalan yang berjalan di Masjid Banglawali di Nizammuddin dan bukan untuk bergilir gilir menjadi Hazratji. Jika untuk bergilir gilir menjadi Hazratji maka tidak akan dipileh 3 orang untuk bergilir gilir menjadi amir mesyurat di nizammuddin tetapi akan dipileh hanya seorang untuk menjadi amir mesyuarat di nizammuddin dan...

-----------
SALAH-
ini adalah tanggapan mereka
yg.pro. Moulvi Saad.

apabila mereka berkumpul di Tongi, Raiwin dan di Mecca yang menjadi amir mesyuarat di nizammuddin tentulah akan menjadi amir mesyuarat ketika mereka bermesyuarat di Tongi Mecca dan di Raiwind.

------

Apabila 8 dari 10 yang dilantik untuk menjadi syurah alami telah meninggal dunia maka Bhai Abdul Wahab mahu meneruskan apa yang telah dibuat oleh Hazraji Maulana Inamul Hassan ia itu dengan menambah jumlah syurah alami dan syurah Nizammddin. Setelah Bhai Abdul Wahab bermesyuarat dengan semua eldest termasuk Maulana Saad, mereka secara ijtimai bersetuju untuk menambah seramai 13 orang untuk menjadi syura alami dan seramai 4 orang untuk menjadi syura Nizammuddin.Ia menjadi masalah dan krisis apabila Maulana Saad tidak bersetuju dengan keputusan itu.....

---------

Molvi Saad tidak setuju penambahan
kpd. 13 syura Alami olih Bhai wahab
semasa mesy. bersama syura berbaki 3
orang.dan telah membuat keputusannya
sendiri melantik dirinya menjadi AMiR
dan melntik anaknya sendiri mnjadi
syura d Nizamuddin.

SEPATUTNYA SEMUA PERLANTIKAN SYURA
MISTI DIPUTUS DALAM MESY. SYURA..
BUKAN MOLVI SAAD YANG LANTIK.

----------------------

......“Maulana Saad tidak mahu syura alami dan beliau pulang ke Nizammuddin dan beliau melantik syura Nizammudin yang amir mesyuaratnya hanya beliau dan beliau juga menambah beberapa orang lagi termasuk anak beliau untuk menjadi syurah Nizammuddin. Akibat daripada itu, Maulana Saad berkeras untuk menjadi Hazratji dan tidak mahu taat pada keputusan ijtimai eldest yang lain.

-----------

5. Jemaah Tabligh diramalkan berterusan berpecah ekoran kekuatan dan pengaruh kedua-dua pihak yeng berpusat di Nizamuddin (Amir Jemaah-Maulana Saad) dan Raiwind (Syura Alami-Bhai Abdul Wahab). Syura Alami dikatakan berpengaruh di negara-negara baru yang diterokai oleh JT seperti benua Afrika, Amerika Selatan, Amerika dan Eropah. Manakala pro-Amir Jemaah di negara-negara Asia.

Mohamad sir said...

KEMBALILAH KEPADA PERJALANAN DAKWAH SECARA SYURA BUKAN AMIR kerana hidraji ke-3 Molana Innamul Hasan pun tidak melantik AMIR,kerana didalam ilmu makrifat hidraji.. tidak ada yg layak selepas 3 hidraji tersebut kerana dalam Ilmunya kemungkinan "Cintakan DUNIA"

BAGI UMAT ISLAM AMIR YANG DITUNGGU DAN YANG LAYAK MENJADI AMIR ADALAH "IMAM MAHADI" diakhir zaman.

Kita pun telah mendegar di Sri Petaling dulu dulu.. imam MAHADI

mazlan70 said...

Semoga d beri penyelesaian yg terbaik untuk kepentingan ummah dan usaha dakwah

Unknown said...

Maulana Sa'ad mengalah untuk kebaikan bersama

syedrasyidi said...

Antara 2 jalan ....

Sharif said...

Pelik la..bukan ke 1st time keluar 3 hari dh belajau jgn rebut jadi amer.. Pasai apa dah otai buat tabligh tak boleh amal bende yg mudah.. Setan berpangkat general agak ye dah kacau..lagi satu jadi syura tabligh dunia ni ada gaji ke... Xde kan? Nape bende ni jadi isu.. Tu la keje syaitan.. Nak rosak kan umat ni..

Unknown said...

Klo dawah difacebook engga nyambung

Unknown said...

YA ALLAH BERILAH PETUNJUK KEPADA KAMI

Unknown said...

Yg ni kawe blh terima..komen lain buat hati je..insyaallah sapo yg buat dakwah dgn hati yg ikhlas, x kira la sapa jd amir insyaallah selamat..aamiin

Unknown said...

Yg ni kawe blh terima..komen yg tduh menuduh maulan tu buat sakit hati je..insyaallah sapo yg buat dakwah dgn hati yg ikhlas, x kira la sapa jd amir insyaallah selamat..aamiin

berdano° said...

Yang betulnya keluar terus bermujahadah. Yang tak betulnya, cinta dunia bertambah².

Temizzi said...

Betul.. Org yg taksub M.Saad ckp selepas Hj.Abdul Wahab meninggal maka M.saad adalah amir tunggal.. Inilah isu utamanya bila dia sendiri ingin menjadi Amir tanpa mesyuarat bersama masyaikh2 lama di Nizamuddin. Alasan keturunan telah digunakan utk menyokong dia sebagai Amir Automatik.. Tidak pernah berlaku dlm sejarah khalifah Abu Bakar, Umar, Usman, Ali mereka dilantik secare automatik. Tidak pernah. Bahkan M.Yusuf dan M.Inamul Hassan juga dilantik berdasarkan mesyuaroh..

Sebelum Loceng PRU 15 Melolong

 Sebelum Loceng PRU 15 Melolong a. Kerajaan 1. Kita perlu memahami bahawa kerajaan persekutuan pada hari ini berdiri atas sokongan para ahli...