Saturday, April 10, 2010
HERO PMIUM ERA 2000an
HERO PMIUM ERA 2000an
Mantan pimpinan PMIUM era tahun 2000-2010, ramai sudah menjadi orang-orang penting dalam negara. Ada menjadi PTD, Pensyarah, Pegawai Bank, politik, NGO dan guru.
Jemaah Islam Kampus akan mengikut pemikiran pimpinan utama mereka.
Pola pemikiran dilihat berubah dalam era transisi Hanif Baderun kepada Nazree Yunus. Nazree Yunus seorang orator yang mempunyai jalur pemikiran tersendiri. Beliau dilihat menumpukan kepada siasah dan menongkah arus pemikiran legasi sebelumnya. Aliran ini sangat diminati oleh Zainulfakar, seorang aktivis mahasiswa. Pada zaman Nazree Yunus, keulamakkan PMIUM seakan-akan terjejas. Secara berguraunya, nampak macam keadilan(lihat pada baju Nazree Yunus pada penyerahan tampuk pimpinan kepada Dzulkhairi).
Maaf, dah lama saya merasakan keanehan apabila melihat corak pemikiran Nazree dan Zainulfakar. Dari awal apabila saya melihat mereka, saya teringat Ruslan Kasim. Akhirnya Nazree memilih PKR dan saya menunggu Zainulfakar apa pilihannya. Maafkan saya.
Dzulkhari seorang penyantun gaya ala Ramadhan Fitri. Mengalami proses kematangan pemikiran dan sikap semasa memimpin GAMIS. Dzulkhairi mewarisi sifat kritikal Nazree Yunus tetapi beliau lebih kepada tarbiyyah. Beliau dilihat berjiwa ulama yang mahu perubahan. Perubahan dalam pengkaderan dan pengtarbiyahan jemaah Islam kampus.
Era Hafizuddin, PMIUM dilihat kurang bermaya dan nampak selekeh. Mungkin kahwin awal mengurangkan kelancaran PMIUM pada zamannya. Inovasi yang bagus pada zaman beliau ialah Pro M.
Selain pimpinan utama, ada juga pimpinan siasah dan aktivis mahasiswa yang berkualiti. Segelintir mereka ialah Hasbie Muda , Muhd Fuad Ikhwan, Hisomudin dan Azlan Zainal.
Sebenarnya, PMIUM mengalami kemalapan sejak zaman Muhd Ramadhan Fitri. Lihatlah PMIUM dan PMUM diketuai oleh Muhd Ramadhan. PMIUM ada Baharudin dan Nik Shamizi, mereka berbakat tetapi tidak dipilih. Apapun Muhd Ramadhan seorang orator agama yang hebat dan penyantun orangnya. Penulis yang faqir ini pun Ramadhan ingat.. terima kasih.
Ada juga pimpinan yang baik tetapi mencipta masalah dalaman. Tidak wala’ dan mempunyai arah pemikiran tersendiri seperti Tuan Kamarul Arif. Tuan Kamarul seorang orator hebat duduk berbicara dan lebih petah bercakap daripada Ungku Aziz. Kegagalan membuat satu syarat khas nak jadi YB Kampus. Tapi atas nasihat Hisomuddin, kepimpinan menerima jua.
Cerita Hisomudin;
‘dia anak usrah ana, ana kenal dia’
Era Izwan Yusof zamannya lebih kepada intelektual. Seorang penyantun dan menelusuri arahan jemaah.
Era Faisal Abdul Rahman ditenggelami dengan kontroversi. Majalah Varsiti diharamkan dan DTC terbakar.
Era Huzairi, arus politik perpaduan sehingga terukir GAGASAN atau GMUM.
Era Hanif dilihat nampak ‘jambu’ dan pro kepada siasah. Saya tidak tahu bagaimana Hanif menjaga zainulfakar dan nazree yunus.
Oh lupa, era Mat Sabu kecil era yang banyak tarbiiyah. Wataknya yang pro ulama. Kerasnya pun pro ulama. Zaman ini, aku ingat pada sahabatku aliran kerasku, Nawawi. Pendirian keras, jiwanya santun.
Apa khabar Shahrulzaman?..
Kena masuk juga, pasal dah jadi bos saya .. Haha...
.........................................
1. Maaf. Artikel tak guna panggilan ustaz atau saudara.
2. Artikel adalah cuit-mencuit sahaja. Maaf, kalau terasa.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Sebab-Akibat
Sebab-akibat antara elemen penting dalam ilmu sejarah. Pemikiran sebab-akibat ini penting bagi mengelakkan kita membuat ramalan dan andaian ...
-
Parti Islah Yaman ditubuhkan pada tahun 1990 setahun selepas penyatuan Yaman Utara dengan Yaman Selatan. Kongres Rakyat Umum (GPC) dari U...
-
BAB 2: ROH PERJUANGAN GMI ‘Islam bukan agama teori dan ritual sahaja tetapi Islam adalah agama praktikal yang perlu diterjemah sebagai satu ...
-
Tak sangka, Jemaah Tabligh (JT) yang suci itu juga mengalami krisis. Itulah qada’ dan qadar yang ditentukan oleh Allah SWT yang mempunyai...
No comments:
Post a Comment