Biar khazanah ucapan dalam video dan tulisan arwah ayahanda Presiden 'merotan' usikan nakal dan pandangan keliru, celaru dan gopoh anakanda mufti.
Kita menghormati diri mufti sebagai seorang yang tinggi ilmu, berjawatan mufti, petah berhujah dan bersilat logik. Apatah lagi dia anak orang yang dihormati, disayangi dan banyak berjasa kepada gerakan Islam.
Usikan nakal dan pandangan anakanda mufti mengundang kemarahan dan kebencian kelompok lain boleh menjerumus umat ke dalam lubang fitnah, perbalahan dan perpecahan umat Islam.
Lagak diri sahaja yang betul, perlekeh, perleceh, menyindir dan mengkritik pemimpin, jemaah dan perjuangan kelompok Islam yang lain bakal mengundang reaksi negatif-- kata-mengata, caci, mencaci, benci membenci dan sindir menyindir.
Sebagai mufti, watak biarlah lebih mendamaikan. Banyak mengusik perihal politik ketimbang tugas untuk memberi fatwa yang bermanfaat kepada umat boleh mencetuskan jiwa yang resah dalam masyarakat.
Jangan ulangan sifat populis selebriti agama. Jangan segan dan malu alah mengkritik kerajaan semasa,
Adakah anakanda mufti meneruskan kontroversi mengulas isu politik kepartian yang ditinggalkan oleh legasi mufti sebelum ini seperti Dr MAZA, Dato Noh Gadot dan Dato Dr Harusani ATAU menjaga warak dan menjauhi populis.
No comments:
Post a Comment