Tuesday, March 16, 2021

Kritik Agana

 Kritik Agama atau Sosok Pengamalnya?

1.Pengalaman peribadi tidak boleh menjadi hukum orang lain. Salah disisi kita, belum tentu salah disisi mereka.
2.Ujian ke atas kita semua adalah berbeza. Maka bersabar dan kembali kepada Allah. Ia bukan klise atau tipikal, ia adalah kenyataan yang mesti kita perlu akuri.
3.Kaum wanita bebas menyuarakan pandangan dalam Islam. Paling penting ialah bagaimana cara mereka menyuarakan pandangan? Adakah secara beradab atau protes dengan biadap, kontroversi atau membina persepsi buruk?
4.Perjuangan menolong dan membantu orang lain (termasuk mendapat keadilan) adalah satu perbuatan yang baik dan perlu disokong. Bagus. Yang tak bagus ialah menyalah orang lain. Lebih selesa menjadi penghukum, pemarah dan pembenci.
5.Tak salah mengkritik dan menegur watak/sosok manusia kerana setiap manusia ada kelemahan dan kekurangan pada pandangan mata dan hati kita. Yang salah adalah memperlekehkan amalan dalam beragama. Orang nak beragama dan orang agama adalah manusia biasa yang tidak sempurna dan belum pernah siap sifatnya. Kekurangan dan kesilapan adalah pasti.
6.Sejauh-mana kita simpati dan cuba bantu orang lain, kita masih tidak mampu berada pada posisi diri mereka. Kita pada hakikatnya tidak mampu merasai apa yang mereka rasa. Bantuan, simpati dan doa kita agar beban mental, perasaan dan fizikal lebih ringan. Kita masih belum mampu menyelesaikan segalanya tanpa restu dan doa kepadaNya. Doa kepadaNya adalah satu ketenangan kerana kita berserah padaNya setelah kita berusaha semampu mungkin.
Salleh Hamzah

No comments:

Sebelum Loceng PRU 15 Melolong

 Sebelum Loceng PRU 15 Melolong a. Kerajaan 1. Kita perlu memahami bahawa kerajaan persekutuan pada hari ini berdiri atas sokongan para ahli...