Monday, May 30, 2011

Neo Tradisionalis PAS Perlu Berubah.



Taniah kepada Ustaz Nasarudin Tantawi atas kejayaan mengekalkan tampuk ketua melalui syura. Walaupun pengurusan organisasi mengambarkan keputusan kolektif bukannya individu, ‘kepala’ organisasi masih dilihat sumber kuasa. Insya Allah, jika kepalanya gajah, badannya adalah gajah.

Kelompok neo tradisionalis dilihat golongan penerus idea kelompok generasi pengasas sesebuah organisasi yang biasanya bertentangan idea dan pendekatan dengan kelompok anak muda dan kelompok progresif liberal. Keempat-empat kelompok aliran pemikiran dan pendekatan senantiasa wujud dalam politik dalaman sesebuah organisasi. Kehadiran ustaz Nasarudin mengukuhkan lagi terjangan dan cengkaman kelompok neo tradisionalis dalam Dewan Pemuda.

Gagasan baru bersifat perubahan secara tradisinya datang daripada anak muda. Kepimpinan ulama sendiri datang daripada Dewan Pemuda PAS. Saya sarankan agar Dewan Pemuda membawa gagasan baru yang mencakupi agenda ekonomi, politik dan kesejahteraan sosial rakyat untuk dijadikan asas pemerintahan Pakatan Rakyat. Dewan Pemuda jangan asyik menjadi juara dalam pembahagian risalah menutup aurat dan anti konsert sahaja tetapi menjuarai isu-isu rakyat yang bersifat semasa. Dalam PAS, contoh yang terbaik dalam perjuangan isu ialah Mazlan Aliman diikuti oleh Mohamad Sabu dan Dato Mahfuz Omar.

Kita juga ingin bertanya kepada Dewan Pemuda PAS sesi akan datang, siapakah pemikir ekonomi, pemikir pendidikan dan pemikir politik dalam Dewan Pemuda yang boleh diketengahkan?. Sejauh manakah kita mengunakan tenaga dan idea anak muda seperti Ustaz Zaharudin Abdul Rahman[kewangan], Dr Zuhdi Marzuki, Ustaz Mohd Ramadhan Fitri[kewangan] dan Ustaz Nazri Chik[kewangan] dalam membina-cipta dan merumus gagasan baru Dewan Pemuda?. Anak muda mana yang boleh dicari untuk menyaingi idea-idea anak muda dan kepantasan bekerja seperti Rafizi Ramli, Nurul Izzah dan Nik Nazmi.
Dalam pentarbiahan, Dewan Pemuda perlu memanfaatkan pakar-pakar tarbiah dalam PAS seperti YB IR Saari Sungip dan Ustaz Abdul Ghani Samsudin. Pengalaman tokoh ini dapat memperkayakan idea-idea dakwah agar ia menjadi suasana berwacana dan interaksi hujah.

Dewan Pemuda perlu kemukakan gagasan baru PAS bukannya pengekor bisu kaum tua dalam PAS. Jangan jadi orang muda tetapi berotak orang tua.

No comments:

Sebelum Loceng PRU 15 Melolong

 Sebelum Loceng PRU 15 Melolong a. Kerajaan 1. Kita perlu memahami bahawa kerajaan persekutuan pada hari ini berdiri atas sokongan para ahli...