KEM POLITIK VS KEM INTELEKTUAL...
Pemusnah bagi golongan siasah di kampus ialah sifat fanatik, ketergesaan dan kurang membaca. Membaca pun bersifat tempelan dan tertumpu kepada satu arah pemikiran sahaja. Jika kita perhatikan di seminar-seminar atau perpustakaan, kurang manusia siasah ini. Tidak tahulah dimana mereka tersangkut. Mungkin mencari cinta..
Begitu juga manusia yang lemas dalam dunia keintelektualan. Hidup mereka hanya berdebat, berteori dan berseminar. Akhirnya, sampai mati pun masih berseminar. Jadi, kem mana pilihan kita?.
Hiduplah secara kebersamaan dan seiring. Waktu berseminar, kita berseminar. Waktu berdemonstrasi kita berdemonstrasi. Pimpinan agung mahasiswa seperti Anwar Ibrahim mempunyai elemen siasah, aktivisisme dan intelektual yang terjalin. Bahkan beliau sendiri memimpin demonstrasi dan seorang pembaca yang baik.
Contoh agung bagi warga kampus yang wajar menjadi ikutan adalah Anwar Ibrahim. Islamic, aktivis, budayawan, intelektual dan pimpinan siasah. Cuma saya lebih sudi menyayangi Anwar Ibrahim yang berwatak ‘PKPIM-ABIM-PBMUM-PMIUM’ berbanding Anwar Ibrahim sekarang yang berPKR.
Mahasiswa harus contohi Anwar alam kampus dan belia...
Ingat!! Anwar Ibrahim bukan Hishamuddin Rais pada zaman itu..
................................................................
Ilmu, kalau terlebih ia memabukkan
Mabuk jangan sampai meninggal amalan
Ilmu perlu disertakan iman dan amal
Barulah ilmu hidup dan mematangkan
8/10/09
Sandakan
5 comments:
Kalau betol blog ini datangnya daripada mahasiswa, maka nasihat saya lupakahlah, belajar dulu sampai tamat biar dapat First Class Honors, baru boleh cakap banyak.
Kalau masuk universiti pun dengan subsidi(pointer cukup makan)tak payah cakap banyaklah. Buang masa shj.
Kalau orang macam anwar tu menjadi pujaan dan icon contoh, maka mahasiswa itu kena banyak belajar lagilah. Si berkenaan tu nak jual Melayu. Nanti kamu sendiri yg kena jual. Itulah yg diperjuangkannya- cuba faham wahai Melayu budiman.
terima kasih saudara. kelakar komen massmerah.. pendek akal kalau orang menafikan kehebatan anwar ibrahim seperti mana kita menafikan kehebatan Dr Mahathir dan hishamudin rais.
Tak suka, tak hebat. kan berbeza.. moga orang melayu tidak sebebal ini..
hehe.. massmerah2.. kelakar betul. ni kut golongan melayu yang kat akhirat nanti tak mahu duduk belakang nabi sebab nabi kan orang arab... bukan orang melayu...
to massmerah,
1]kalaulah nabi mementingkan bangsa, maka tak mungkin kita islam kini..
2]jgnlah bercakap apa yg kita x pasti, anwar antara org yg btggjwb mewujudkn pend islam sewaktu beliau sbgai menteri pelajaran..org yg mndpt tarbiyh sbgtu x kn bertindak sesuka hati
3]apa yg kita dh buat??
kulau x mmpu nk menolong jgn nk menyusah..
Wallahu a`lam
to massmerah,
1]kalaulah nabi mementingkan bangsa, maka tak mungkin kita islam kini..
2]jgnlah bercakap apa yg kita x pasti, anwar antara org yg btggjwb mewujudkn pend islam sewaktu beliau sbgai menteri pelajaran..org yg mndpt tarbiyh sbgtu x kn bertindak sesuka hati
3]apa yg kita dh buat??
kulau x mmpu nk menolong jgn nk menyusah..
Wallahu a`lam
Post a Comment