Tuesday, January 27, 2009

Jurang Generasi Dalam Gerakan Islam


Jurang Generasi dalam Gerakan Islam


Ada orang bangga dengan naqib atau para senior mereka. Kononnya terbaik dan istiqamah dalam perjuangan, padahal naqibnya baru melangkah dalam medan perjuangan dan belum teruji. Sejarah membuktikan kader dakwah yang teruji dan berkarisma seperti dato seri Anwar Ibrahim pernah tewas dan kecundang dalam perjuangan gerakan Islam. Murabbi ternama seperti ustaz Nakhaie Ahmad dan Ustaz Ghazali(pewaris Pondok Losong, haji Shafie) pun tewas dalam menongkah arus perjuangan. Baru memucuk dalam perjuangan, jangan diri dan anak usrah kalian kelabu mata dengan peribadi dan karisma seseorang, dan cerahkan mata dengan suluhan al quran dan hadis dengan tindakan dan kelakuan(baca;akhlaq) seseorang pimpinan yang kamu sukai itu. Manusia boleh berubah.

Krisis utama gerakan Islam masa kini bukanlah cabaran luaran tetapi cabaran dalaman. Cabaran kaum tua dengan kaum muda ini akan sentiasa ada mewarnai sesebuah gerakan. Kehadiran mereka adalah sesuatu yang sihat bagi mendesak dan mengeimbangi kuasa kaum tua tetapi dengan syarat patuh dan taat akan keputusan syura tanpa keluar daripada jamaah. Dalam PAS, krisis ini terjadi sejak dahulu lagi. Krisis dalaman lagenda dalam PAS ialah kemenangan puak pro ulama menumbangkan puak pro nasionalis. Selepas itu, Dewan Pemuda PAS pernah bergolak ekoran pengelutan di antara fahaman-fahaman utama dalam PAS seperti IRC, Kumpulan UM, Syiah dan Suara Islam.

Persoalan yang timbul pada hari ini ialah permasalahan wala’ dalam jemaah. Permasalahan ini timbul apabila pimpinan kaum muda ini berubah tanpa menghormati dan mengenang jasa kaum tua. Mereka menyatakan pendekatan kaum tua tidak betul, kuno dan selalu bermain dengan nostalgik. Kita memahami semangat, ilmu dan potensi kaum muda. Dan kita juga memahami pengalaman dan sikap keberhati-hatian kaum tua. Cuma sukarnya kita mencari titik pertemuan di antara mereka. Justeru, kita harus kembali kepada syura dan sikap taat dan akur arahan jemaah. Jangan kita merasakan diri kita terlebih bijak sehingga mendahului pimpinan dan syura serta mengikis wala’ kepada pimpinan. Bicara ustaz Nik Abduh, jika kita sayang pada jemaah pada setiap minit, pimpinan sayang pada jemaah pada setiap saat.

Sejarah membuktikan kader dakwah mesti mentaati atau berwala’ pimpinan jemaah dengan mengakuri arahan jemaah. Murabbi yang dipilih mesti teruji, tinggi ilmu dan amalnya,lama pengalamannya, warak dan beraklaq mulia. Jika ada perbedaan pendapat, kembali kepada syura dan lakukan perbincangan personal. Jangan melemparkan emosi itu ke dalam blog yang akan mendajalkan pemikiran ramai orang.

Kaum Tua juga perlu banyak mendengar dan peka terhadap perkembangan semasa. Buka peluang untuk berdiskusi tetapi mesti secara tertutup dalam jemaah. Tidak perlu berpekik sehingga terlondeh rahsia jemaah. Jangan terlalu memaksa tetapi berikan rasional dan dalil serta fakta. Walaupun fakta dan statistic banyak menipu mata tanpa membuka tabir sebalik kisah, fakta dan statistic masih lagi penting sebagai hujah.


Tidak salah kita menaikkan golongan pemuda sebagai pemimpin utama. Kriteria ialah mendapat dokongan syura dan berpotensi. Kepada pimpinan muda, jangan terlalu bersemangat pepsi-cola, kamu masih muda, perjalanan masih jauh, jangan kelak sejarah akan mengetawakan kamu. Dari seorang pejuang menjadi seorang balaci lagi memang barua. Bagi kaum tua, bukalah ruang diskusi agar nafas kita menjadi panjang dalam perjuangan. Kita saling perlu memerlukan.

No comments:

Sebelum Loceng PRU 15 Melolong

 Sebelum Loceng PRU 15 Melolong a. Kerajaan 1. Kita perlu memahami bahawa kerajaan persekutuan pada hari ini berdiri atas sokongan para ahli...